Tempatan

Kepala Air: 39 ‘Hotspot’ Dikenal Pasti APM Kedah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

YAN, 06 Julai 2023 – Sebanyak 39 kawasan rekreasi air terjun dan sungai di negeri ini dikenal pasti sebagai lokasi berisiko tinggi berlaku kejadian kepala air dan banjir kilat.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd. Muaz Mohd. Yusoff berkata, lokasi itu membabitkan 10 daerah iaitu Padang Terap, Langkawi, Pendang, Bandar Baharu, Kuala Muda, Sik, Yan, Kulim, Baling dan Kubang Pasu.

BACA JUGA: Kepala Air Langgar Kampung, Jam 2 Pagi

BACA JUGA: Nelayan Haram Vietnam Mengganas, Tetak Pegawai APMM

BACA JUGA: 44% Pengundi Berdaftar PRN Berumur Antara 21-39 – Suruhanjaya Pilihan Raya

Katanya, Baling menjadi daerah paling banyak lokasi berisiko membabitkan 11 kawasan antaranya Lata Celak di Iboi; Lata Bukit Hijau, Lata Baling, Lata Bayu, Kuala Kedua dan Teratak Simpul.

“Diikuti Yan, sebanyak enam kawasan terlibat iaitu Titi Hayun, Air Terjun Seri Perigi, Air Terjun Batu Hampar, Taman Rekreasi Sungai Badak, Sungai Bukit Kuari dan Puteri Mandi.”

“Sementara di Sik, terdapat lima lokasi berisiko iaitu Lata Mengkuang, Pusat Peranginan Rimba Taqwa, Lata Charok Rambai, Lata Batu Hampar Hujung Bandar dan Sungai Viral,” katanya pada sidang akhbar di Air Terjun Seri Perigi pada Rabu.

Selain itu, daerah Langkawi dan Kulim pula masing-masing mempunyai empat lokasi berisiko antaranya Lubuk Semilang, Durian Perangin, Lata Bukit Hijau dan Pusat Rekreasi Air Putih Junjung.

“Seterusnya tiga lokasi di daerah Kuala Muda iaitu Air Terjun Batu Pahat, Damai Park Resort dan Pusat Peranginan Tapah, diikuti dua di Padang Terap iaitu Taman Eko Rimba Puncak Janing dan Air Terjun Sungai Seraya, manakala dua lokasi berisiko di Kubang Pasu adalah Perangin Bukit Wang dan Sungai Batu, seterusnya masing-masing satu lokasi di Pendang dan Bandar Baharu,” katanya.

Justeru itu, Muaz menegaskan semua kawasan yang dikategorikan sebagai ‘hotspot’ itu sememangnya tidak selamat untuk dijadikan tempat beriadah buat masa sekarang.

“APM tidak melarang orang awam untuk mengunjungi kawasan rekreasi berkenaan, namun mereka diminta lebih peka dan berhati-hati apabila mengunjungi lokasi berkenaan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: