Antarabangsa

8 Lagi Mati, 3 Juta Orang Terjejas Banjir & Tanah Runtuh Di India

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDIA, 20 Jun 2022 – Banjir dan tanah runtuh yang melanda negeri Assam di Timur Laut India telah mengorbankan lapan nyawa selain lebih tiga juta orang terjejas akibat bencana tersebut, menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa pengurusan bencana Assam, India.

Kenyataan dilaporkan oleh Anadolu Agency itu turut memaklumkan bahawa bencana tersebut telah meragut 62 nyawa keseluruhannya sejak 6 April 2022 lalu, selain 8 orang dipercayai hilang dalam tempoh 24 jam akibat bencana banjir serta tanah runtuh itu.

“62 orang telah kehilangan nyawa akibat banjir dan tanah runtuh musim ini.”

Bencana banjir yang berlaku sejak enam hari lalu itu juga telah menyebabkan lebih 156,300 orang terpaksa dipindahkan serta ditempatkan di 514 buah kem perlindungan.

Baru-baru ini, kejadian ribut petir telah mengorbankan 17 nyawa di Bihar, India akibat dipanah petir.

Kerajaan Bihar akan memberikan lebih kurang RM 22,587 kepada ahli keluarga si mati.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: