NGO

Turun Bantu Mangsa Banjir, Tahniah NGO Rangkaian PEMBELA – Aminuddin Yahaya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 23 Disember 2021 – Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Hj Aminuddin Yahaya mengucapkan penghargaan kepada rangkaian NGO gabungan bersama PEMBELA itu yang turut sama-sama membantu mangsa-mangsa yang ditimpa musibah banjir tidak terduga kali ini.

“Alhamdulillah, NGO-NGO Islam dalam rangkaian gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam – PEMBELA masing-masing sedang bekerja keras dalam turut membantu saudara-saudara kita yang ditimpa musibah banjir yang luar biasa kali ini.”

“Tahniah semua. Teruskan berkhidmat demi agama, bangsa dan tanah air yang tercinta ini!” kata Hj Aminuddin dalam hantaran Facebooknya hari ini.

Antara NGO-NGO dan pertubuhan yang turun berbakti adalah seperti Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), I-Medik, Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia, PERKID Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Kelab Relawan Muda ISMA dan Komuniti Teknikal Islam Malaysia.

“Banyak lagi NGO dalam rangkaian PEMBELA sedang aktif bergerak membantu mangsa-mangsa banjir yang tidak saya sebutkan. Jika ada kesempatan, saya akan ceritakan lagi dalam hantaran akan datang. InsyaAllah,” ujar beliau.

Bercerita lanjut, Hj Aminuddin menyifatkan setiap NGO dalam PEMBELA datang daripada pelbagai latar belakang dan profesyen, maka masing-masing berbakti dengan cara tersendiri.

Contohnya seperti pasukan peguam daripada Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan pasukan petugas perubatan dari I-Medik.

“Pasukan peguam kita dari Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, pimpinan Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar (merangkap Timb Pengerusi PEMBELA) yang selama ini kita lihat beraksi hebat di mahkamah sama-sama turun padang meredah banjir membantu orang-orang kampung.”

“Sahabat-sahabat dari I-Medik, yang merupakan sebuah NGO Islam bagi para pengamal perubatan juga bergerak dengan kreatif. Mereka turun ke lapangan bagi mengedarkan kit kesihatan asas bagi mangsa banjir seperti tuala wanita, paracetamol, berus dan ubat gigi, peralatan kebersihan diri dan sebagainya. Ini sangat penting dan bermakna buat mereka yang terpaksa mengharungi hari-hari sukar sepanjang ditimpa musibah bencana ini.”

Hj Aminuddin juga menyatakan kekaguman beliau terhadap ahli Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia yang sanggup mengambil cuti dan hilang pendapatan demi memberi khidmat kepada mangsa banjir.

“Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia sedang menyertai misi membantu orang kampung di Hulu Langat bersama pasukan kita yang berkampung selama beberapa hari di Kem PERKID. Tabik kepada abang-abang rider yang mengambil cuti untuk berkhidmat. Mereka ini kalau cuti, memang tak ada pendapatan.”

Manakala kisah Naib Pengerusi PEMBELA, Ustaz Masridzi bersama pasukannya di PERKID Malaysia yang bergegas pergi menyantuni dan membantu pusat pemulihan penagih dadah yang terjejas banjir juga amat mengesani beliau.

“Begitu beliau prihatin memikirkan kehidupan mereka di pusat pemulihan, di mana Ustaz Masridzi memang selama ini banyak menyantuni di lapangan untuk ke pangkal jalan.”

Begitu juga dengan kisah Cikgu Izzat Johari, Naib Pengerusi PEMBELA yang menerajui Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia sedang bertungkus lumus berkhidmat di Jerantut dan sekitarnya di negeri Pahang bagi kebajikan para mangsa banjir.

Di samping itu, ketangkasan dan bantuan kemahiran yang dihulurkan oleh Pasukan Pemuda ISMA Ikatan Muslimin Malaysia turut dipuji oleh Pengerusi PEMBELA itu.

“Pasukan Pemuda ISMA Ikatan Muslimin Malaysia pula, melalui agensi kesukarelawanannya iaitu Kelab Relawan Muda ISMA memang dilihat pantas bergerak ke sini sana dengan mobilisasi jentera-jentera yang serba lengkap. Selain kerja-kerja membersih, mereka ada sediakan tangki air, tandas sementara dan paling baru, mereka hantar trak-trak tanker air 40,000 liter ke Pahang.”

“Komuniti Teknikal Islam Malaysia – Komtech di bawah Pemuda ISMA juga kreatif, mereka kumpulkan sukarelawan-sukarelawan yang mahir dalam bidang elektrik dan elektronik untuk membantu kerja-kerja yang berkaitan baikpulih peralatan elektrik di rumah-rumah terkesan banjir yang sudah dibersihkan,” kata Hj Aminuddin.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: