Tempatan

TENGKUJUH: Cuti 12,500 Pegawai Bomba Dibekukan November Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MARANG, 24 Oktober 2022 – Cuti bagi sejumlah 12,500 pegawai dan anggota bomba akan dibekukan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bermula 7 November ini, lapor sebuah portal berita tempatan.

Menurut Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, pembekuan cuti yang akan berlanjutan sehingga Mac depan itu adalah sebagai persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir.

Kata beliau, dalam tempoh kritikal banjir itu, kesemua pegawai serta anggota bomba yang terlibat akan bersiap siaga di 332 balai bomba di seluruh negara.

Tambahnya, negeri-negeri yang kerap dilanda banjir pada musim tengkujuh akan menjadi fokus utama JBPM iaitu negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Sarawak dan Johor.

Beliau berkata, gerak kerja JBPM akan berpandukan ramalan cuaca serta kenaikan paras air laut atau fenomena air pasang besar.

“Kita percaya dengan persiapan dilakukan tahun ini, tahap kesiapsiagaan lebih mantap berbanding tahun lalu. Pengalaman tahun lalu telah mengajar kita perlunya persediaan bagi keperluan-keperluan tertentu yang sebelum ini mungkin luar jangkaan,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: