Tempatan

Johor Kembali Banjir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 01 Mac 2023 – Negeri Johor kembali dilanda banjir susulan hujan lebat yang turun sejak semalam.

Seperti yang dilaporkan oleh sebuah saluran Facebook yang dipetik, banyak kawasan yang telah dinaiki air antaranya seperti di Kluang, Masai dan Senai.

Antara kawasan yang terjejas adalah Kampung Plentong Baru, Jalan Kangkong, Jalan Mawar, Masai, Batu 19, Sungai Tiram, Jalan Bunga Tanjung, Masai, Kluang Jalan Kongkong, Masai, Jalan Bunga Tanjung, Masai, Jalan Sungai Tiram, Senai, Jalan Seelong, Senai , Kangkar Tebrau , Kampung Masjid Lama, Kluang dan Kota Masai.

BACA JUGA: Larangan Masuk Cameron Highlands, Petani Hantar Surat Bantahan Kepada Menteri

BACA JUGA: “Sangatlah Hina Arak Dijulang Tetapi Sejarah & Budaya Dipandang Hina” – Aminuddin Yahaya

BACA JUGA: Video Tular Samseng Jalanan, Empat Individu Diburu

Difahamkan, banjir di Kota Tinggi pula semakin memburuk.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor memaklumkan, kerja-kerja pemindahan warga setempat di Kg Bukit Samsu, Kota Tinggi sedang giat dijalankan.

“Mereka yang terjejas ini akan ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Taman Koguna Kota Tinggi,” ujarnya menerusi laman Facebook.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani, seramai 1,591 penduduk daripada 560 keluarga dipindahkan ke 21 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di empat daerah terjejas banjir, setakat jam 8 pagi tadi.

Segamat menjadi daerah paling terjejas dengan seramai 746 mangsa daripada 209 keluarga ditempatkan di enam PPS yang dibuka.

Pagi ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya akan melanda Johor sehingga 2 Mac 2023.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: