Tips Bersih Rumah Selepas Banjir
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini
Banjir yang berlaku kali ini sememangnya menyesakkan nafas dan menggundahkan jiwa. Hanya satu sahaja yang penulis harapkan, agar Allah SWT melapangkan dan memudahkan urusan semua mangsa yang terkesan dengan banjir yang melanda.
Banjir yang datang bukan hanya membawa air semata-mata, ia datang sekali dengan pelbagai kotoran, kumbahan dan juga lumpur yang boleh melekat degil pada permukaan dinding dan lantai rumah selain perabot dan barangan lainnya.
Di sini, penulis ingin berkongsi kaedah dan tips pembersihan rumah pasca banjir dan juga peralatan yang diperlukan bagi operasi ini.
Peralatan Yang Diperlukan
1. Waterjet (jika ada). Kalau tak, guna sahaja getah paip yang ada.
2. Penyodok (Untuk sodok air dan lumpur)
3. Penyapu sampah
4. Plastik sampah
5. Sarung tangan getah
6. Kasut but getah
7. Kereta sorong
Tips Pembersihan
1. Balik rumah ketika air banjir masih paras betis untuk cuci rumah. Lebih mudah bersihkan rumah ketika air belum surut kerana lumpur tidak kering.
2. Pastikan aliran elektrik dimatikan.
3. Buka semua pintu dan tingkap agar aliran pengudaraan dan cahaya matahari masuk.
4. Pastikan tiada haiwan berbisa dan berbahaya yang sesat sewaktu banjir dalam kawasan rumah.
3. Buang makanan dan benda-benda yang rosak.
4. Air bersih. Bekalan air bersih sangat diperlukan untuk membersihkan rumah dan perabot.
3. Kalau tiada waterjet dan/atau tenaga kerja yang mencukupi, mungkin boleh minta pihak bomba guna pili bomba.
4. Rendam pinggan mangkuk dan peralatan memasak dengan antiseptik.
5. Pakai sarung tangan getah kalau hendak angkat atau bersihkan barang bagi mengelakkan dari sebarang kecelakaan dan kecederaan.
6. Hati-hati semasa alihkan perabot dan cuci celah-celah perabot. Dikhuatiri binatang berbahaya dan berbisa seperti ular dan biawak masih ada.
Semoga Allah SWT berikan kekuatan dan kesabaran menghadapi dugaan kepada yang terkesan.