Tempatan

4 Tapak Ekopelancongan Ditutup Sementara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Mac 2023 – Empat tapak ekopelancongan di bawah seliaan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) ditutup buat sementara waktu bagi aktiviti pelancongan.

PERHILITAN dalam kenyataannya berkata, aktiviti tersebut akan ditangguhkan bermula 2 Mac sehingga 7 Mac ini berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu yang melanda di beberapa buah negeri dan dijangka akan berlaku banjir kilat.

BACA JUGA: TERKINI! Mahkamah Tinggi KL Bebaskan Najib & Arul Kanda Dari Tuduhan

BACA JUGA: Kerajaan Pergiat Usaha Bina Bailey Bridge

BACA JUGA: DPMM Sokong Penuh Belanjawan 2023, Tetapi Perlu Selari Dengan Perkara 153 & 160 Perlembagaan

“Penangguhan aktiviti pelancongan ini bertujuan untuk menjamin keselamatan kakitangan dan juga pelawat di tapak ekopelancongan,” kata jabatan.

Antara Taman Negara dan Tapak Ekopelancongan yang ditutup termasuklah Taman Negara Pahang di Kuala Tahan, Taman Negara Pahang di Sungai Relau, Taman Negara Terengganu di Tanjung Mentong dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah.

Setakat pagi tadi, seramai 34,912 orang mangsa terlibat dalam bencana banjir yang melanda lima negeri di seluruh Malaysia.

Berdasarkan data keluaran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Johor mencatat jumlah tertinggi iaitu seramai 31,865 orang mangsa dari 10 daerah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: