Tempatan

Simpati Nasib Mangsa Banjir, Pemilik Bengkel Tawar Servis Percuma

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KLUANG, 03 Mac 2023 – Ekoran bersimpati akan nasib yang menimpa mangsa banjir, seorang pengusaha bengkel bertindak menawarkan servis percuma buat pemilik kenderaan yang terjejas.

BACA JUGA: Mesin Layan Diri Menu IPR RM2 Susahkan Pengguna

BACA JUGA: Tan Sri Idrus Dilantik Semula Sebagai Peguam Negara

BACA JUGA: Penumpang Terkandas Tengah Landasan, Operasi Aerotrain KLIA Dihentikan

Pemilik DRS Auto, Mohammad Naim Yacob berkata, beliau memperuntukkan modal sendiri sebanyak RM200 bagi setiap kenderaan yang dipulihkan di mana servis tersebut merangkumi servis penukaran minyak hitam serta penapis minyak percuma.

Jelas beliau, selain melaksanakan tanggungjawab sosial syarikatnya kepada masyarakat, ia secara langsung dapat mengurangkan keperitan yang ditanggung oleh mereka yang memerlukan.

Malahan, beliau juga dalam perancangan untuk bekerjasama dengan rakannya bagi menghulurkan bantuan yang seumpama kepada mangsa banjir di Chaah, Segamat dalam masa terdekat.

Katanya, setakat ini sudah ada tiga pemilik kenderaan yang meminta bantuan daripadanya serta rakannya dan beliau turut beriltizam untuk membantu sedaya upaya dengan kekuatan empat pekerjanya yang juga mangsa banjir.

Sehubungan itu, Mohammad Naim menyeru mereka yang memerlukan bantuan untuk menghubunginya di talian 011-10109532 atau melayari laman Facebook miliknya, Kentang Ozaki.

Kelmarin, beberapa kawasan di Negeri Johor dilanda banjir ekoran hujan yang turun dengan lebat.

Antara kawasan yang terlibat ialah Kluang, Masai, Kota Tinggi dan juga Segamat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: