Tempatan

Terengganu Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Diikuti Kelantan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA TERENGGANU, 20 Disember 2022 – Terengganu merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu sebanyak 37,021 mangsa dari 10,211 keluarga telah terjejas setakat jam 6 pagi tadi.

Menerusi data di Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kejadian banjir yang berlaku di lapan daerah itu telah mengorbankan lima nyawa.

Manakala di Kelantan, seramai 25,353 mangsa daripada 6,897 keluarga telah terjejas sehingga meragut empat nyawa.

Kesemua mangsa telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan sementara (PPS) yang berhampiran.

Selain Kelantan dan Terengganu, tiga lagi negeri turut dilanda banjir.

Kejadian berlaku di dua daerah di Pahang (934 mangsa), satu daerah di Johor (53 mangsa), dan satu daerah di Perak (54 mangsa).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: