PRU-15

PRU-15: 8 Pusat Undi Di Hulu Langat Bakal Jadi PPS Jika Banjir

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

HULU LANGAT, 24 Oktober 2022 – Majlis Perbandaran Kajang (MPK) telah bersedia untuk mengubah lapan pusat pembuangan undi di Hulu Langat, Selangor, menjadi pusat perlindungan sementara (PPS) sekiranya berlaku bencana banjir.

“Keutamaan kami adalah keselamatan rakyat,” kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPK) Najmuddin Jemain menurut laporan sebuah portal tempatan berbahasa Inggeris.

Ujarnya, pelan kontingensi telah dilaksanakan susulan kedatangan Monsun Timur Laut.

“Kami telah mengedarkan senarai nombor kecemasan kepada penduduk. Simulasi prosedur menyelamat kecemasan dalam situasi bencana seperti banjir kilat atau cerun runtuh juga telah dilaksanakan.”

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang, 2,363 pegawai akan bertugas menyelia dan mentadbir keseluruhan proses serta meneliti pengiraan undi di sana.

Dewan Seri Cempaka akan digunakan sebagai pusat pencalonan dan penjumlahan undi.

MPK juga telah menyediakan bilik gerakan yang akan berfungsi sebagai bilik mengundi pos di Metro Avenue, pusat komersial di hadapan bangunan majlis itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru-baru ini mengumumkan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 akan diadakan pada 19 November 2022.

Terdahulu, samudera.my melaporkan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah mengeluarkan senarai kawasan ‘hotspot’ banjir mengikut negeri bagi tahun 2022 sebagai langkah awal bagi menghadapi bencana itu.

Pahang merekodkan 763 kawasan, Selangor melibatkan 339 kawasan di sembilan daerah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melibatkan 48 kawasan dan Perak pula sebanyak 265 lokasi membabitkan 12 daerah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: