Antarabangsa

Mahkamah Arah Jabatan Kesihatan Montana Benarkan Transgender Tukar Status Jantina Pada Rekod Kelahiran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MONTANA, 20 September 2022 – Selepas berbulan-bulan menentang, Jabatan Kesihatan Montana semalam mengeluarkan kenyataan akan mengikuti arahan hakim dengan membenarkan secara sementara transgender menukar jantina pada sijil kelahiran mereka, walaupun tidak bersetuju dengannya.

Hakim Mahkamah Daerah Michael Moses mengeluarkan perintah tersebut dengan menuduh bahawa pegawai kesihatan telah melakukan “pelanggaran yang disengajakan”, di mana perintah pada April mengarahkan supaya menghentikan sementara penguatkuasaan undang-undang yang menghalang transgender daripada menukar jantina pada sijil kelahiran mereka kecuali mereka yang telah menjalani pembedahan.

Walau bagaimanapun, hanya beberapa jam selepas perbicaraan itu, negeri yang ditadbir oleh parti Republican itu berkata akan melanggar perintah yang dianggap mahkamah sebagai tidak jelas mengikut perlembagaan dengan mengekalkan peraturan tidak membenarkan sebarang perubahan pada sijil kelahiran melainkan ia disebabkan oleh kesilapan perkeranian.

Selepas memutuskan perintah pada Isnin, hakim dalam kenyataan juga memaklumkan, “Jika defendan memerlukan penjelasan lanjut, mereka dialu-alukan untuk memintanya dari mahkamah, daripada terlibat dalam aktiviti yang merupakan pelanggaran undang-undang perintah itu.”

Dalam pada itu, Alex Rate, peguam yang mewakili plaintif iaitu dua orang transgender yang ingin menukar sijil kelahiran mereka menganggap keputusan oleh mahkamah itu adalah satu kemajuan.

Tidak tahu berapa ramai orang telah berusaha untuk membetulkan sijil kelahiran mereka dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kata Alex Rate.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: