Antarabangsa

Atlet Transgender Lelaki Pecahkan Tengkorak Atlet Perempuan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 05 September 2022 – “Saya telah bertarung dengan ramai wanita dan tidak pernah merasakan kekuatan yang saya rasai dalam pertarungan seperti yang saya rasai hari ini. Saya tidak dapat menjawab sama ada kerana dia dilahirkan sebagai lelaki atau tidak kerana saya bukan doktor. Apa yang saya boleh katakan ialah saya tidak pernah rasa dikalahkan dengan kekuatan seperti itu dalam hidup saya, dan saya seorang wanita yang luar biasa kuat. Saya masih tidak bersetuju dengan pertarungan Fox,” kata Tamikka Brents, seorang atlet Seni Bela Diri Campuran (MMA).

Kenyataan ini dikeluarkan susulan pertarungannya dengan atlet MMA transgender, Fallon Fox.

Dalam pertarungan itu, Tamikka Brents dibelasah bertalu-talu tanpa henti oleh Fallon Fox sehingga tengkoraknya pecah selain mengalami gegaran otak.

Walaupun Tamikka sudah berada dalam keadaan sedemikian, namun Fallon tetap tidak berhenti membelasahnya sehinggalah pengadil menghentikannya.

“Saya menyokong hak seseorang untuk menjadi siapa yang mereka mahu, dan saya fikir disertakan dalam masyarakat adalah penting. Namun, keadilan dan keselamatan dalam sukan adalah lebih penting,” tegas Carla Esparza, atlet profesional MMA Amerika Syarikat apabila ditanya pendapatnya mengenai kejadian ini.

“Merampas peluang dari seorang perempuan seperti biasiswa, gaji, jawatan dan kemenangan adalah tidak adil. Dan sehingga sains membuktikan ia adalah adil, saya tidak fikir mereka patut menyertakan atlet trans dalam sukan wanita,” kata Carla lagi.

Tinjauan pendapat yang dijalankan oleh Washington Post – University of Maryland mendapati 55% dari responden menentang mak nyah daripada bertanding dengan wanita lain dalam acara sukan sama ada di peringkat sekolah menengah, kolej mahupun profesional.

Penyertaan golongan transgender ini mendapat kritikan dari sesetengah pihak kerana menurut mereka, golongan ini mempunyai kelebihan pada faktor fizikal berikutan mereka mempunyai jisim otot yang lebih besar serta mempunyai kelebihan pada ketumpatan tulang.

Ia sekali gus dapat membantu dalam meningkatkan prestasi sukan dan menjadikannya tidak adil buat peserta wanita.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: