Antarabangsa

Pensyarah Undang-Undang Dakwa Lelaki Kini Boleh Mengandung

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 17 JULAI 2022 – Pensyarah undang-undang Berkeley, Khiara Bridges pada minggu lepas telah menuduh Senator Josh Hawley sebagai seorang transfobik dan seorang yang menafikan kewujudan golongan pondan atau transgender.

Bridges telah membuat tuduhan sedemikian ketika dalam sesi pendengaran Senat mengenai isu hak pengguguran yang mana isu tersebut sedang tular di Amerika Syarikat (AS) sejak beberapa minggu lalu.

Pertikaian mula berlaku ketika Hawley tersebut bertanya kepada Bridges mengenai istilah “orang yang mempunyai kemampuan untuk mengandung”. Lalu dijawab dengan jawapan “pondan lelaki yang mampu mengandung dan juga golongan non-binari (tidak berpegang dengan dua jantina) yang mampu mengandung”, selain daripada wanita sebenar.

Hawley seterusnya bertanyakan tentang perihal pengguguran yang mana pada pendapatnya, merupakan isu hak asasi wanita. Lalu soalan Senator tersebut dijawab oleh pensyarah undang-undang itu dengan jawapan bahawa isu pengguguran tersebut terpakai kepada wanita dan juga kumpulan jantina lain.

Ketika Hawley bertanyakan soalan berikutnya berkaitan pendapat Bridges berkenaan teras punca bagi hak untuk menggugurkan kandungan, pensyarah tersebut mula menuduh Senator tersebut dengan tuduhan transfobik dengan mengatakan,

“Saya hendak mengesahkan bahawa cara kamu menyoal adalah transfobik, perbuatan tidak mengiktiraf golongan pondan ini dapat mendedahkan mereka kepada keganasan.”

Kenyataan Bridges itu seterusnya dibalas oleh Senator tersebut yang mana Hawley pula berkata,

“Wow, kamu mengatakan bahawa saya mendedahkan orang kepada keganasan (hanya) dengan menanyakan apakah benar wanita mempu mengandung”?

Pensyarah tersebut kemudiannya bertanya pula,

“Jadi kamu p

ercaya bahawa lelaki tidak boleh mengandung”?

Seterusnya pensyarah tersebut menyatakan bahawa Senator itu menafikan kewujudan golongan pondan.

Perbahasan tentang isu hak mengguguran kini sekali lagi menjadi bahan perdebatan utama di AS sejak Mahkamah Agung mereka mengubah undang-undang tersebut pada 24 Jun tahun ini. Kini perihal membenarkan, mengharamkan ataupun mengetatkan prosedur pengguguran adalah tertakluk kepada kuasa negeri-negeri di negara tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: