Tempatan

Bekalan Ubat Akan Kembali Stabil

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR,16 Julai 2022 – Isu kekurangan produk farmaseutikal dalam pasaran dijangka akan kembali normal bermula penghujung bulan ini.

“Kumpulan menjangkakan ia akan kembali pulih pada hujung bulan ini atau Ogos,” kata Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga, Mohamed Iqbal Abdul Rahman selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan China’s Suzhou Ronnsi Pharma Co Ltd (Ronnsi) pada Jumaat lalu.

Menurutnya, peningkatan permintaan yang ketara terhadap produk farmaseutikal menyebabkan bekalan produk tersebut berkurangan.

“Ini bukan disebabkan oleh pengeluaran atau gangguan bekalan tetapi disebabkan peningkatan permintaan.”

Beliau berkata, ada beberapa produk yang meningkat sehingga empat dan enam kali ganda berbanding penggunaan pada tahap sebelum pandemik.

Tambahnya lagi, kekurangan produk farmaseutikal bukan saja berlaku di Malaysia tetapi beberapa negara lain di dunia.

“Bagi produk pembuatan dari Malaysia, kita masih perlu menunggu bekalan bahan mentah manakala produk import, bekalan juga mengambil masa.”

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan akan melepaskan stok penimbal ubat-ubatan kepada klinik dan hospital swasta bagi menangani isu kekurangan bekalan di fasiliti kesihatan berkenaan.

“Stok penimbal kerajaan diuruskan oleh Pharmaniaga dan saya sudah mengarahkan semalam supaya dahulukan kepada klinik dan hospital swasta yang mempunyai keperluan,” kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam sidang media selepas Majlis Penutup Bengkel Transformasi Strategi dan Memperkasa Penjagaan Autisme pada Jumaat lalu.

Jelasnya, langkah ini diambil sementara menunggu pengeluaran lebih stabil dari kilang ubat-ubatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: