Antarabangsa

Transgender Rancang Amok & Tembak Rambang Sekolah Ditahan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

COLORADO SPRINGS – Seorang remaja transgender berusia 19 tahun ditahan kerana disyaki merancang untuk ‘menembak’ beberapa sekolah dan gereja di kawasan Colorado Springs.

Menurut Pejabat Peguam Daerah Kehakiman Ke-18, pertuduhan rasmi telah difailkan terhadap William Whitworth berhubung penyiasatan terhadap ancaman melibatkan sekolah-sekolah di Colorado Springs.

BACA JUGA: Bukan Melayu Malaysia Hidup Seperti Orang Di Negara Asal

BACA JUGA: Lebih 1 Juta Jemaah, Saudi Tetap Kawasan Larangan Solat Masjidil Haram

BACA JUGA: NGO Gesa SPRM Siasat Majlis Perbandaran Klang

Berdasarkan siasatan, William atau dikenali sebagai “Lilly” secara rasmi didakwa atas beberapa pertuduhan iaitu cubaan jenayah untuk melakukan pembunuhan pada tahap pertama, khianat jenayah, mengancam dan gangguan terhadap staf, fakulti atau pelajar sains pendidikan.

Perbicaraan awal defendan dijadualkan pada 5 Mei 2023 ini jam 2.30 petang dan bon ditetapkan sebanyak $75,000.

Menurut kertas tangkapan, ahli keluarga suspek telah menghubungi pihak berkuasa dan mendakwa suspek “mengugut untuk menembak sebuah sekolah”.

Sewaktu disoal oleh pihak berkuasa yang datang ke rumahnya tentang berapa banyak rancangan untuk tembakan di sekolah, Lilly menjawab bahawa lebih kurang satu pertiga daripada melakukannya.

Lilly turut menyatakan bahawa Sekolah Menengah Timberview merupakan salah satu ‘sasaran utama’ ketika ini dan sasaran lain adalah gereja.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: