Per*gol Tukar Jantina Selepas Didakwa Di Mahkamah
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
GLASGOW, 26 Januari 2023 – Adam Graham, perogol yang sudah didakwa di mahkamah atas kesalahan merogol menukar jantinanya kepada wanita sekali gus menafikan perbuatan rogolnya.
Lapor portal antarabangsa, Adam Graham, atau nama barunya Isla Bryson mendakwa sudah mengalami masalah berkaitan jantina sejak berusia empat tahun.
BACA JUGA: Bekalan Ayam: Fasa Pulih, Benda Hidup Sukar Letak Tarikh – Menteri
BACA JUGA: Isu Bakar Al-Quran: Umat Islam Digesa Bersolidariti Jumaat Ini
BACA JUGA: Gangguan Bekalan Air Selama 48 Jam Di Seremban, Kuala Pilah, 31hb Januari
Kehadiran Graham di Mahkamah Tinggi Glasgow dengan identiti baharu pada hari keenam pendakwaan membangkitkan amarah para juri di sidang tersebut.
Selepas menjadi transgender, Graham menafikan dakwaan rogol dan mendakwa kepada para juri dia tidak suka tidur dengan wanita, sebaliknya, mereka lah yang membuat ‘langkah pertama’.
Menteri Keselamatan dari parti Konservatif, Scotland Russell Findlay berkata, “Perogol ini memutuskan bahawa dia bukan lagi seorang lelaki hanya selepas hadir di mahkamah atas pertuduhan rogol.”
“Kita kini mempunyai situasi yang sangat songsang di mana Mahkamah Scotland merujuk kepada seseorang yang mengatakan dia mengenal pasti sebagai wanita menggunakan “zakarnya” untuk merogol dua wanita.”
Undang-undang Scotland membenarkan orang ramai mendapatkan sijil pengiktirafan jantina selepas tiga bulan menjalani kehidupan sebagai jantina yang diinginkan, tanpa memerlukan bukti perubatan.
Para pengempen memberi amaran ia boleh membenarkan kaum yang secara biologinya lelaki tetapi kemudian menukar jantina kepada wanita untuk mengakses masuk ruang wanita seperti bilik persalinan, penjara dan asrama untuk wanita yang didera.