Antarabangsa

“Biba” Sedih, Filem Maknyah Pakistan Diharamkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

PAKISTAN, 21 November 2022 – Seorang maknyah, yang membawa watak sebagai ‘Biba’ meluahkan rasa sedih apabila filem lakonannya ‘Joyland’ diharamkan oleh kerajaan Pakistan.

“Saya sangat sedih. Tidak ada yang bertentangan dengan Islam dan saya tidak faham bagaimana Islam boleh terancam dengan filem semata-mata.”

“Komuniti trans Pakistan juga sangat kecewa,” ujar bintang filem tersebut, Alina Khan yang berusia 24 tahun.

Alina menambah dengan berkata, dia gembira apabila diberi peluang melakonkan watak tersebut kerana Biba adalah seseorang yang berpendirian tetap, berdikari, lantang serta mendominasi. Personaliti Biba secara keseluruhan sangat berbeza dengan dirinya.

Menurut laporan media, filem yang sepatutnya ditayangkan pada Jumaat lalu itu memaparkan kisah cinta di antara Haider, seorang lelaki yang sudah berkahwin tetapi kemudiannya jatuh hati terhadap Biba, seorang wanita transgender di sebuah majlis tarian.

‘Joyland’ juga telah mendapat kritikan dari sekumpulan orang Islam dengan mengatakan, filem tersebut sebagai “menjijikkan”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: