Antarabangsa

FIFA Cadang Mudahkan Pondan Lawan Bola Dengan Wanita

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ZURICH, 24 JUN 2022 – Sebuah laporan mendedahkan bahawa badan pengurusan tertinggi bagi sukan bola sepak, FIFA, telah menggariskan beberapa peraturan baru bagi memudahkan golongan pondan bersaing dalam sukan bola sepak elit wanita.

Deraf bagi rangka peraturan tersebut telah memadamkan kadar testosterone bagi golongan pondan bersaing di dalam sukan tersebut. Selain itu, terdapat juga cadangan yang dibentangkan dalam deraf yang sama bagi membenarkan mana-mana pemain bertanding menurut jantina yang mereka tentukan sendiri.

Ini bermaksud mana-mana pemain lelaki boleh bertanding dalam kategori wanita hanya kerana mereka menganggap bahawa diri mereka itu wanita.

Sebelum ini FIFA telah memutuskan bahawa untuk bertanding di dalam katogeri wanita, kadar testosterone seseorang itu hendaklah tidak melebihi lima nmole/L dalam 12 bulan. Namun kadar tersebut telah disyorkan untuk dihapuskan sama sekali dan cadangan ini akan terpakai pada semua pemain transgender.

Namun, peraturan terbaru itu adalah masih di tahap perbincangan kerana sebahagian ahli di dalam pengurusan senior badan itu masih tidak meyakini bahawa ianya patut diterbitkan.

Cadangan peraturan baru ini telah diterima baik oleh penyokong hak asasi manusia yang mana ianya kelihatan akan menurut jejak langkah komiti Olimpik antarabangsa yang juga telah menurunkan kadar testosterone yang disyorkan pada tahun lalu.

Pihak FIFA akan merujuk kepada badan perunding luar dan mendapatkan input daripada pakar-pakar yang tidak berkepentingan sebelum badan bola sepak itu memutuskan untuk meneruskan peraturan baru tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: