Antarabangsa

“Atlet Transgender Mahu Jalani Hidup Seperti Biasa, Namun Kami Seperti Diburu”

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PARIS, 15 Mei 2023 – Seorang atlet transgender, Halba Diouf menempelak keputusan Olahraga Dunia yang melarang atlet transgender untuk bersaing dalam kejohanan ranking dunia wanita bermula 31 Mac 2023.

“Saya tidak dapat memahami keputusan ini kerana wanita transgender sentiasa dibenarkan bersaing jika tahap testosteron mereka berada di bawah paras tertentu. Satu-satunya perlindungan wanita transgender ialah hak mereka untuk hidup mengikut kehendak mereka, dan kami dinafikan begitu, kami diburu. … Saya rasa terpinggir kerana mereka mengenepikan saya daripada pertandingan,” ujarnya.

Mac lalu, Presiden Olahraga Dunia (World Athletics), Sebastian Coe berkata, keputusan majoriti untuk Sukan Olimpik Paris Musim Panas 2024 itu diambil melalui perundingan dengan beberapa pihak berkepentingan termasuk 40 ahli persekutuan, para atlet, jurulatih dan melalui suruhanjaya atlet, serta pelbagai kumpulan komuniti lain, termasuk kumpulan trans, pakar PBB, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Para-olahraga.

BACA JUGA: Transgender Dilarang Masuk Acara Sukan Wanita – Olahraga Dunia

BACA JUGA: Mahkamah Tinggi AS Batal Larangan Transgender Bertanding Acara Larian

BACA JUGA: Atlet Transgender Lelaki Pecahkan Tengkorak Atlet Perempuan

“Kami telah mengambil tindakan tegas untuk melindungi kategori wanita dalam sukan kami.”

“Keputusan sentiasa sukar apabila ia melibatkan keperluan dan hak yang bercanggah antara kumpulan yang berbeza, tetapi kami terus berpandangan bahawa kami mesti mengekalkan keadilan untuk atlet wanita di atas semua pertimbangan lain,” tegas beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: