Rakyat Amerika Tolak Pondan Bersaing Dengan Perempuan Dalam Sukan
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
AMERIKA SYARIKAT, 15 Jun 2022 – Kebanyakan rakyat Amerika menentang pondan daripada bertanding dengan wanita lain dalam acara sukan sama ada di peringkat sekolah menengah, kolej mahupun profesional menerusi sebuah tinjauan pendapat yang dijalankan oleh Washington Post – University of Maryland.
Menurut tinjauan pendapat yang dijalankan pada 4 hingga 17 Mei lalu, sebanyak 55 peratus dari tinjauan menentang golongan ini daripada bertanding acara sukan di peringkat sekolah menengah manakala 58 peratus tinjauan menentang bagi peringkat sukan kolej dan profesional.
Penyertaan golongan pondan ini mendapat kritikan dari sesetengah pihak kerana kata mereka golongan ini mempunyai kelebihan pada faktor fizikal berikutan mereka mempunyai jisim otot yang lebih besar serta mempunyai kelebihan pada ketumpatan tulang.
Ia sekaligus dapat membantu dalam meningkatkan prestasi sukan dan menjadikannya tidak adil buat peserta wanita.
Berdasarkan tinjauan pendapat itu lagi menunjukkan bahawa 68 peratus mengatakan bahawa golongan pondan akan mempunyai daya saing lebih tinggi berbanding golongan wanita jika mereka dibenarkan bertanding.
Namun begitu, biarpun rakyat Amerika menentang penyertaan golongan pondan ini, hasil tinjauan tersebut mendapati sikap umum rakyat Amerika terhadap golongan pondan ini lebih kepada positif berbanding negatif.
Baru-baru ini, Lousiana turut menyertai 17 negeri yang lain dalam mengharamkan golongan pondan dari bertanding dalam pasukan sukan wanita yang melibatkan keseluruhan sekolah rendah, sekolah menengah dan juga sekolah swasta.
Sebelum ini, perenang transgender dari University Pennsylvania, Lia Thomas mendapat kecaman selepas dia memenangi acara renang wanita dalam acara gaya bebas 500 ela sewaktu Kejohanan Kolej AS di Atlanta yang terdahulunya dia bertanding sebagai seorang lelaki.
Berikutan itu, rakan sepasukannya menggesa agar dia dihalang dari bertanding kerana kelebihan fisiologi yang dimiliki.
Malah, sebelum pertandingan berlangsung, terdapat juga penunjuk perasaan yang berdemonstrasi menentang penyertaannya itu sambil mengibarkan sepanduk bertulis ‘Sokong Keadilan Dalam Sukan Untuk Wanita Dan Perempuan’ dan ‘Berdiri Untuk Wanita’.