Antarabangsa

Bantahan Terhadap Gadis Transgender Terlibat Sukan Sekolah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SALT LAKE CITY, 20 Ogos 2022 – Undang-undang negeri yang melarang gadis transgender daripada menyertai sukan sekolah perempuan telah dibatalkan susulan peningkatan saman yang mencabar undang-undang itu.

Keputusan itu diumumkan oleh seorang hakim Utah Keith Kelly pada Jumaat lalu selepas tiga keluarga yang mewakili atlet pelajar transgender memfailkan tuntutan mahkamah mencabar undang-undang itu dengan alasan ia bertentangan Perlembagaan Utah, yang menjamin hak yang sama.

Menurut Keith, keputusan itu diambil kerana undang-undang sebelum ini jelas tidak adil terhadap gadis transgender.

“Larangan itu memilih gadis transgender dan secara mutlak menghalang mereka daripada bersaing dalam pasukan sukan perempuan. Pada masa sama, gadis lain bebas bertanding. Ini tidak adil.”

Namun, Keith menegaskan bahawa walaupun larangan telah ditarik balik, gadis transgender haruslah melalui satu suruhanjaya khas sebelum menyertai sebarang aktiviti sukan sekolah.

Suruhanjaya itu akan memutuskan atlet transgender yang boleh menyertai sukan berdasarkan faktor seperti lebar sayap, berat dan ketinggian pemain, berpandukan ukuran yang ditetapkan dalam undang-undang asal.

Sebelum itu pada Oktober 2021, badan perundangan negeri itu meluluskan undang-undang tersebut untuk melindungi dan memastikan gadis lain tidak digugat oleh gadis transgender.

Menurut penyokong undang-undang itu, gadis transgender akan mempunyai kelebihan daya saing yang tidak adil terhadap atlet yang secara biologinya adalah perempuan semasa lahir.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: