Tempatan

Pemaksaan Agenda LGBT Terus Jadi Polemik – Profesor Madya Dr Rafidah Hanim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JUMAAT, 20 Mei 2022 – Profesor Madya Dr Rafidah Hanim menyatakan isu pemaksaan penggunaan kata ganti nama yang bertentangan dengan jantina biologi asal bagi kes pelajar transgender berterusan menjadi polemik sekolah-sekolah di negara Barat sehingga menyebabkan guru-guru dipecat.

“Isu pemaksaan “pronoun” yang bersalahan dengan jantina biologi dalam kes pelajar transgender terus menjadi polemik di Barat dengan seorang demi seorang guru berhadapan tindakan dipecat.”

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Rafidah Hanim melalui satu hantaran di laman Facebook miliknya pada beberapa hari yang lalu.

Beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian berdasarkan laporan berita yang dikeluarkan oleh The Post Millennia mengenai isu seorang guru, Pamela Ricard yang berjaya dalam perjuangannya menentang dasar transgender yang dilaksanakan di sekolah-sekolah awam di seluruh negara.

Pada April 2021, beliau pernah diberi teguran kerana gagal menggunakan kata ganti nama yang menjadi pilihan pelajar walaupun sekolah tersebut tidak mempunyai dasar rasmi mengenai penggunaan kata ganti nama tersebut.

Pamela Ricard mengambil keputusan dengan menyaman sekolah tersebut dengan alasan bahawa hak perlembagaannya telah dicabuli.

Pada Mei 2022, Ricard menerima keputusan Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat bahawa kariernya sebagai seorang guru telah ditamatkan kerana beliau gagal menggunakan kata ganti nama pilihan pelajar adalah tidak mengikut perlembagaan negara itu.

Keputusan itu menjadikan penamatan tersebut tidak mengikut perlembagaan kerana keengganannya menggunakan kata ganti nama itu adalah berdasarkan kepercayaan agamanya, khususnya agama Kristian.

Beliau memberikan alasan ini sebagai sebab mengapa beliau tidak boleh dipaksa untuk mematuhi tuntutan sekolah, iaitu memanggil pelajar dengan nama atau kata ganti nama yang tidak konsisten dengan jantina biologi mereka.

“Mereka terpaksa menggunakan “hak beragama,” ulas Profesor Dr Rafidah lanjut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: