Arahan Eksekutif Biden Bela LGBT, Diskriminasi Jantina Sejati
WASHINGTON – Tanda pagar #BidenErasedWomen dan #TERF tular di laman Twitter tidak lama selepas Presiden Amerika Ke-46, Joe Biden menandatangani satu arahan eksekutif yang melarang diskriminasi berdasarkan identiti jantina dan orientasi seksual.
“Setiap orang mestilah dilayan dengan hormat dan bermaruah dan mesti dapat menjalani kehidupan tanpa rasa takut, tidak kira siapa mereka atau siapa yang mereka cintai. Kanak-kanak mestilah dapat belajar tanpa perlu risau sama ada mereka akan dinafikan hak untuk ke tandas, bilik persalinan atau sukan sekolah……..Setiap orang mestilah menerima layanan yang adil di bawah undang-undang, tidak kira identiti jantina atau orientasi seksual.”
Di atas merupakan antara kenyataan dalam polisi ‘Arahan Eksekutif untuk Mencegah dan Memerangi Diskriminasi Berdasarkan Identiti Jantina atau Orientasi Seksual’ Joe Biden.
Tanda pagar #BidenErasedWomen ini pada mulanya wujud bagi membantah polisi terbaharu ini yang dilihat mendiskriminasikan kaum wanita dan boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami krisis identiti jantina.
Pengguna Twitter @Kalesiwolf berkongsi kesedihan akan hakikat, golongan wanita di Amerika hilang segala hak mereka; Kini, golongan lelaki dengan mudah boleh memasuki bilik penjara wanita, bilik persalinan wanita, pusat krisis rogol wanita dan perlawanan sukan wanita.
Men gained a free pass into women’s prisons. Men gained a free pass to play in women’s sports. Men gained a free pass into women’s changing rooms. Men gained a free pass into women’s rape crisis centres. Today, in America, women lost everything. #BidenErasedWomen
@BretWeinstein pula berang dengan penguatkuasaan polisi ini kerana, apabila seorang lelaki boleh mendakwa dirinya adalah seorang wanita, lelaki itu juga akan mendapat perlindungan yang sama seperti yang diperoleh golongan wanita.
Baginya, evolusi menjadikan jantina itu berbeza. Maka, perlindungan untuk golongan wanita adalah adil dan perlu dipertahankan.
It’s not possible to provide protections for women if a man can declare himself a women and access the same protections. That’s not an opinion. That is a logical fact. Evolution endowed the sexes differently. Protections for women are just and must be defended. #BidenErasedWomen
Namun, dengan pantas tanda pagar #TERF pula tular selepas sebahagian dari pengguna Twitter tidak berpuas hati dengan dakwaan bahawa penguatkuasaan polisi itu kononnya mendiskriminasikan wanita.
TERF adalah akronim perkataan feminis radikal trans-terkecuali (trans-exclusionary radical feminist)
Saying stuff like “u mad, #terf? F*** your consent, f*** your boundaries. Transwomen are going to use your spaces and THERE’S NOTHING YOU CAN DO ABOUT IT so go and cry with the other #terfs, b*****!” is not the political gotcha you people think it is. #BidenErasedWoman
Ini antara kata-kata kesat dari @therestofus5.
Manakala @PoliticalFandom pula mempersoalkan, adakah ahli Demokrat fikir gay dan lesbian tidak lagi mempunyai hak untuk menyukai sesama jantina atau hak untuk mempunyai ruangan sendiri yang bebas daripada jantina berlawanan?
Do Democrats no longer think gays and lesbians have the right to same sex attraction or their own spaces free of the opposite sex? #TERFs #Terf #Democrat #BidenAdministration
Susulan dakwaan yang dilemparkan, golongan wanita bangkit mempertahankan pegangan mereka.
@SoniaPoulton berkata, dia diejek sebagai TERF kerana mempertahankan pendapat bahawa, wanita mempunyai hak untuk bersukan, dalam penjara, tempat perlindungan, dan ruangan khas untuk wanita.
Dia juga percaya, kanak-kanak perlu dilindungi daripada mereka yang cuba mengubah jantina kanak-kanak ini dan menyebabkan kanak-kanak mengalami kecelaruan siapa mereka yang sebenarnya.
I get called TERF because I believe women have a right to our own sports, prisons, refuges & spaces and because I believe children should be protected from people who seek to sexualise them and to confuse them about who they are. Happy to stand for what I do. #BidenErasedWomen
@radfemghost pula membuat satu topik di Twitter mengenai apa sebenarnya yang dialami oleh wanita.
“Ianya adalah tentang serangan, membisukan wanita, dan kebebasan untuk mengeluarkan kata-kata kesat dan kasar terhadap golongan wanita.”
#BidenErasedWomen #TERF A thread on why its not just about wanting to pee or rights. Its about aggression, silencing women, about having a free pass to show their vitriol against women
Sejurus memasuki Rumah Putih, Joe Biden telah menandatangani 15 arahan eksekutif dengan menerbalikkan polisi Presiden yang sebelumnya.