Antarabangsa

LGBT Dilarang: Hotel Qatar Untuk World Cup Dikutuk

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

QATAR, 15 Mei 2022 – Pengguna media sosial mempertikai dan mengutuk polisi hotel-hotel Qatar untuk Piala Dunia FIFA yang melarang tetamu lesbian, gay, biseksual, transgender, transeksual dan queer (LGBTQ) dari menginap di hotel mereka.

Menurut portal Daily Mail UK, selain melarang tetamu gay dari menginap, hotel-hotel di negara yang akan menjadi tuan rumah FIFA itu juga meminta tetamu untuk tidak ‘berpakaian gay’ di samping meminta golongan tersebut untuk mengubah tingkah laku mereka.

Antara kutukan-kutukan yang dilemparkan oleh pengguna media sosial terhadap larangan tersebut adalah seperti mempersoalkan mengapa pertandingan Piala Dunia FIFA perlu dianjurkan di negara seperti Qatar yang menolak LGBT.

“Adakah sesiapa yang terkejut tentang ini? ‘Semua orang dialu-alukan di Qatar?’ Tidak, bukan semua orang melainkan mereka mengubah cara mereka berpakaian dan ekspresi semula jadi hubungan kasih sayang,” komen Oh Caroline, pengguna Facebook.

WhatsApp-Image-2022-05-13-at-1.00.27-PM.jpeg?resize=461%2C410&is-pending-load=1#038;ssl=1

“Sudah terlambat sekarang. Tetapi MENGAPA Piala Dunia dibenarkan diadakan di negara yang hak asasi manusia tidak dipenuhi? #ChallengeCounterChange,” tambahnya.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Julie Cee pula mempersoalkan mengapa mereka perlu melayan Qatar yang disifatkannya sebagai negara yang mundur.

“Mengapa kita perlu melayan negara yang mundur ini. Piala Dunia sepatutnya tidak pernah dipertimbangkan untuk dianjurkan di sini tetapi jelas sekali ada pihak yang mendapat rasuah.”

WhatsApp-Image-2022-05-13-at-12.56.35-PM.jpeg?resize=556%2C115&is-pending-load=1#038;ssl=1

Joanne Plummer pula berkata, “Ini adalah menjijikkan, mereka tidak sepatutnya dibenarkan menjadi tuan rumah untuk acara ini. Apa pula selepas ini…pasangan tidak berkahwin dilarang dari berkongsi bilik hotel dan perempuan-perempuan diminta untuk menutup aurat.”

WhatsApp-Image-2022-05-13-at-12.56.34-PM.jpeg?resize=553%2C118&is-pending-load=1#038;ssl=1

Namun, di sebalik kutukan, ramai juga pengguna media sosial yang bersetuju dengan polisi hotel-hotel di Qatar itu.

“Kamu dijemput untuk menonton bola bukan untuk…!” kata Abdi Reyes

Maggie Fenner, seorang lagi pengguna media sosial pula menegaskan, “Negara mereka, pilihan mereka. Jika kamu tidak suka dengannya, jangan pergi!! Tiba masanya untuk LGBTQ belajar bahawa sesetengah orang tidak suka dengan apa yang mereka pertahankan dan tidak akan benarkan ia didemonstrasi di negara mereka. Ia mudah sahaja.”

“Jika kamu tidak suka pendapat, peraturan dan undang-undang mereka, maka tidak perlu pergi, atau bersiap sedia untuk ditahan dan dimasukkan ke dalam jel jika kamu tetap pergi dan berpakaian dengan pakaian yang menurut mereka sebagai tidak senonoh.”

Tegas Maggie lagi, “Dunia tidak perlu membenarkan mereka untuk melakukan apa sahaja yang mereka suka, mereka yang sepatutnya akur menurut. Akur menurut atau jauhkan diri.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: