Tempatan

Kos Sara Hidup Naik: Pemimpin Melayu DAP Seru Rakyat Turun Ke Jalan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 24 Jun 2022 – Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP Sheikh Umar Bagharib Ali menyeru rakyat Malaysia untuk beramai-ramai turun ke jalan raya sebagai tanda protes terhadap Kerajaan dalam isu kenaikan kos sara hidup.

“Mungkin sekarang sudah masanya untuk rakyat turun ke jalan raya untuk melaungkan suara kita.”

“Apabila berhimpun, kita boleh menghantar isyarat kepada Kerajaan.”

Ujarnya, pemimpin negara ketika ini sedang lena sehingga lambat bertindak untuk menyelesaikan masalah yang menghimpit rakyat, justeru mereka perlu “dikejutkan”.

“Bayangkan kalau sejuta rakyat berhimpun di ibu kota. Paling tidak Kerajaan akan membuka mata. Sejuta rakyat perlu berhimpun untuk mengejutkan pemimpin negara daripada terus tidur,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Menurut mantan ADUN Paloh Johor itu lagi, berhimpun adalah hak rakyat dalam negara demokrasi dan ia dijamin Perlembagaan.

Baru-baru ini MIDF Research mendedahkan, inflasi makanan dijangkakan bakal melonjak berikutan keputusan pihak Kerajaan yang memansuhkan subsidi ayam, telur dan minyak masak botol sewaktu harga bekalan komoditi global sedang meningkat ketika ini.

“Sekiranya bekalan makanan domestik semakin teruk, inflasi utama mungkin menyentuh puncak baharu iaitu pada 5.8 peratus tahun ke tahun jika inflasi makanan melonjak sebanyak 7.0 peratus tahun ini dan 10 peratus pada 2023,” tambah kajian itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: