Tempatan

Prof Rafidah Seru Pesuruhjaya SUHAKAM Jernihkan Kenyataan Afiq Tolak Fatwa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 06 Oktober 2021 – Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar menyeru dua orang Pesuruhjaya SUHAKAM yang juga merupakan ahli-ahli majlis agama Islam negeri untuk menjernihkan kenyataan yang dibuat oleh Pegawai Undang-Undang SUHAKAM yang baru, Afiq Mohamad Noor dalam isu larangan mak nyah ke masjid.

Dua orang pesuruhjaya yang dimaksudkan ialah Profesor Madya Dr Nik Salida Suhaila yang merupakan Ahli Majlis Jawatankuasa Hukum Syarak Wilayah Persekutuan dan Profesor Dato’ Noor Aziah Mohd Awal yang merupakan Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Menurut Prof Madya Dr Rafidah, kenyataan yang dikeluarkan oleh Afiq dalam portal Malay Mail bertajuk ‘As Malaysia mulls banning Muslim transgenders from mosques, a look at what the community feels about it‘ adalah mengelirukan kerana telah menolak fatwa.

“Kenyataannya mengelirukan kerana dia menolak fatwa yang diwartakan oleh Mufti Perlis dan juga dipersetujui oleh Mufti Pulau Pinang. Terlalu banyak perbincangan teliti mengenai hukum tasyabbuh dan juga mukhannath ghayr khalqi. Maka, saya menggesa anda berdua untuk menangani perkara ini dan juga mengenai cadangan jantina ketiga secepat yang mungkin.”

Di dalam artikel yang dikeluarkan Malay Mail, Afiq M Noor yang mereka gelar sebagai sarjana perundangan Syariah menyatakan bahawa perundangan Islam atau tradisi Islam tidak pernah melarang orang-orang trans masuk ke tempat ibadah.

“Dalam teks klasik, tidak pernah ada larangan terhadap [orang trans] memasuki masjid.”

Tambah mantan Ketua Unit Perundangan Sisters in Islam (SIS) itu, “Dalam Islam, individu-individu bukan cisgender disebut sebagai mukhannath, muncul dalam teks sejarah dan perumpamaan yang melibatkan Nabi Muhammad – termasuklah di mana baginda mencegah keganasan terhadap mukhannath yang mahu bersolat.

“Pada zaman Nabi, semua orang bersolat di masjid jadi jika seorang mukhannath dilarang daripada solat di masjid, di mana mereka akan bersolat?”

Namun seruan murni Prof Madya Dr Rafidah Hanim ini telah mendapat respon kurang enak daripada Afiq Mohamad Noor.

Tegas beliau, “Terima kasih kerana menimbulkan perkara ini Rafidah. Pertama sekali jangan jadi ular, SUHAKAM tidak pernah disebut dalam artikel. Tolong baca dengan teliti. Kedua, saya rasa kelayakan saya dalam Pengajian Islam jauh lebih bagus daripada Rafidah Hanim. Saya diasuh di madrasah dan mempunyai pasca-siswazah dalam Pengajian Islam. Terima kasih.”

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button