Aktivis LGBT Ikrar Akan Lawan Cadangan Wujudkan Pusat Pemulihan LGBT
Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini
KUALA LUMPUR, 13 Jun 2021 – Aktivis LGBT tempatan, Numan Afifi menyatakan akan melawan cadangan Pengerusi Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara, Datuk Razali Idris agar kerajaan segera mewujudkan pusat tahanan dan pemulihan khas kepada golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).
“Empat tahun lepas aku anjur satu acara #Pride untuk memperingati tragedi pembunuhan di Pulse, sebuah kelab gay di Florida. Tetapi aku diancam bunuh hingga terpaksa diselamatkan ke luar negara,” ciapnya di Twitter.
“Hari ini parti pemerintah cadang nak buat kem tahanan untuk LGBT.”
“Kami akan lawan!”
Katanya lagi, cadangan ini sangat mengejutkan dan melampau, terutamanya di saat golongan LGBT sedang menyambut bulan Pride.
“In Pride month, Malaysia’s ruling party proposed a special detention centre for LGBT people to ‘rehabilitated’.”
“What next, Nazi-styled concentration camp? This is outrageous!”
Ciapan pengasas Pelangi Campaign ini dipersetujui oleh pengguna Twitter lain seperti Adieka Amirul.
Adieka menyatakan bahawa jika mereka (golongan LGBT) tidak menghentikannya, tragedi Holocaust 2.0 akan berlaku. Oleh itu, mulai saat ini, ia adalah kebebasan atau mati.
“@NumanAfifi If we didn’t stop this, there will be a Holocaust 2.0.”
“From now on, it’s either liberty or death!”