Tempatan

Lebih Separuh Responden Setuju Transgender Berhak Peroleh Kehidupan – IPSOS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 Mac 2023 – Lebih separuh daripada responden Malaysia bersetuju bahawa individu transgender sepatutnya berhak menjalani kehidupan seperti yang mereka inginkan, menurut kajian firma penyelidikan pasaran IPSOS.

BACA JUGA: Banjir: TUDM Lakukan Penerbangan Ihsan Selamatkan Wanita Mengandung

BACA JUGA: CPTPP Tidak Beri Impak Negatif Kepada Sektor Pertanian

BACA JUGA: Sedekad Tragedi Hitam Lahad Datu

Kata firma tersebut, 54 peratus responden Malaysia bersetuju dengan kenyataan itu berbanding 40 peratus yang menentangnya, berdasarkan kepada laporan tinjauan Global Trends edisi 2023 yang dikeluarkan minggu ini.

Katanya, berikutan Malaysia merupakan negara dengan majoritinya Islam, pihak konservatif melihat hak golongan transgender termasuklah golongan LGBT sebagai satu bentuk liberalisme di mana ideologi mereka menganggap itu sebagai suatu perkara yang tidak normal atau tidak selari dengan norma negara.

Pada awal Januari lalu, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa golongan LGBT tidak mungkin diiktiraf di bawah pentadbirannya.

Malah, Ketua Armada Bersatu Malaysia, YB Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyatakan, negara akan dilanda kerosakan moral serta krisis kesihatan juga akan berada di luar kawalan sekiranya LGBT tidak dibanteras.

Pensyarah Perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dr Rafidah Hanim, pada November tahun lalu turut menggesa agar pihak Kerajaan memperkukuh undang-undang dalam mengawal promosi propaganda LGBT.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: