Tempatan

Sedekad Tragedi Hitam Lahad Datu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LAHAD DATU, 01 Mac 2023 – 1 Mac 2023, genap sedekad tragedi hitam Lahad Datu berlaku di Malaysia.

Pada hari ini, sepuluh tahun yang lalu, dua orang anggota keselamatan negara ditembak mati oleh pengganas Sulu selepas pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo.

Krisis pencerobohan Lahad Datu ini dikaitkan dengan insiden diplomatik yang berlaku antara Malaysia dan Filipina sejurus selepas 235 pengganas Filipina yang sebahagiannya bersenjata mendarat di Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah pada 11 Februari 2013.

BACA JUGA: PERHATIAN: Amaran Banjir Di Negeri Pahang Dan Johor Hari Ini

BACA JUGA: Premis Warga Asing Digempur MBK, Seorang Lelaki Ditahan

BACA JUGA: Johor Kembali Banjir

Kumpulan tersebut yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Askar Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara’ telah dihantar oleh Jamalul Kiram III yang merupakan salah seorang daripada pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu dan mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu.

Angkatan ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram itu yang merupakan saudara lelaki kepada ‘Sultan Sulu’ Jamalul Kiram III menceroboh masuk Sabah dengan alasan ingin menuntut Sabah kembali menjadi wilayah Kesultanan Sulu.

Pencerobohan itu telah mengakibatkan 12 perwira negara kita gugur demi mempertahankan kedaulatan negara. Susulan Ops Daulat yang dilancarkan bersama pasukan keselamatan negara, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) telah ditubuhkan.

Konflik itu diisytiharkan tamat pada 10 April 2013.

Ekoran peristiwa berdarah itu, seramai 416 individu ditahan termasuk 110 orang disiasat di bawah Akta Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012.

Pada 8 Jun 2018, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati ke atas sembilan warga Filipina yang terlibat dengan pencerobohan bersenjata Lahad Datu berkenaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: