Tempatan

Banjir: TUDM Lakukan Penerbangan Ihsan Selamatkan Wanita Mengandung

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ROMPIN, 02 Mac 2023 – Tiga wanita mengandung berisiko tinggi yang terputus hubungan ekoran jalan runtuh di Felda Selancar, Rompin berjaya diselamatkan oleh pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui penerbangan ihsan, pada Rabu.

Menerusi kenyataan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tiga wanita terbabit yang berada dalam fasa pertama kelahiran telah dimasukkan dewan bersalin Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan, Pahang dan sedang menerima rawatan lanjut.

BACA JUGA: Bangunkan Sistem Kewangan Bebas Riba’

BACA JUGA: Sejak Bila SPRM Perlu Berunding Sebelum Siasat? – Dato’ Dr Ramalan Yunus

BACA JUGA: Mentega Terbang: JAKIM Dapati Terdapat Pertentangan Jelas Dengan Akidah – Menteri JPM

“Satu penerbangan ihsan oleh TUDM telah digerakkan bagi menyelamatkan tiga orang pesakit tersebut.”

“Satu pasukan Obstetric Retrieval dari HTAA yang terdiri daripada seorang pegawai perubatan obstetrik dan jururawat kesihatan telah diterbangkan ke Felda Selancar pada 4.51 petang.”

Pasukan berkenaan tiba di lokasi pada 6.15 petang dan mendapati ketiga-tiga pesakit stabil.

“Pasukan itu seterusnya membawa keluar kesemua pesakit tersebut ke Lapangan Terbang TUDM Kuantan sekitar jam 7.15 petang.”

“Ambulans HTAA telah bersedia di lapangan terbang tersebut dan pesakit berjaya tiba di HTAA sekitar 8.33 malam.”

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk TUDM, Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah Rompin dan Kerajaan Negeri Pahang yang membantu melancarkan misi menyelamat tersebut.

Terdahulu, ribuan penduduk di Felda Selancar terputus hubungan selepas laluan utama ke kawasan tanah rancangan itu, Laluan Persekutuan FT2490 Jalan Masuk ke Perwira Jaya dan Selancar, runtuh susulan hujan lebat.

Menurut notis yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya Daerah Rompin, tiada laluan alternatif selain jalan tersebut dan penutupan jalan tersebut adalah demi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: