Harap Kerajaan Baru Tangani Propaganda Lgbt – Profesor Rafidah Hanim Mokhtar
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 28 November 2022 – “Saya berharap Kerajaan baru Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat mengorak langkah bagi menangani isu propaganda LGBT, sekurang-kurangnya diperingkat kanak-kanak.”
Menurut Pensyarah Perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dr Rafidah Hanim, undang-undang yang mengawal promosi propaganda ini haruslah diperkukuhkan dengan segera.
Pensyarah Perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang sering berjuang dalam menangani isu LGBT ini berkata, kita lihat bagaimana Qatar diserang dari segala sudut dan mereka bangkit menegaskan nilai-nilai LGBT Barat, bukan nilai universal yang diterima oleh dunia Islam.
“Sama seperti Rusia yang mengatakan 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗼𝗿𝗮𝗹 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽𝗶 𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶𝗸𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 ‘𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗥𝘂𝘀𝘀𝗶𝗮’ 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗽𝗿𝗼𝗺𝗼𝘀𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗕𝗮𝗿𝗮𝘁,” katanya.
Dalam pada itu, samudera.my sebelum ini melaporkan, parlimen Russia baru-baru ini telah meluluskan undang-undang yang memperluaskan larangan sedia ada untuk mempromosikan ‘propaganda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)’ kepada kanak-kanak dengan mengharamkannya di semua peringkat umur.
Bagaimanapun, RUU itu yang menggariskan, larangan sebarang tindakan atau maklumat yang dianggap sebagai percubaan untuk mempromosikan homoseksual – sama ada di khalayak ramai, dalam talian atau dalam filem, buku atau pengiklanan itu masih memerlukan kelulusan dari Presiden, Vladimir Putin, dan Dewan Negara Rusia.