Antarabangsa

Rusia Luluskan RUU Haramkan Propaganda LGBT

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MOSCOW, 26 November 2022- Parlimen Rusia telah meluluskan rang undang-undang yang meluaskan pengharaman “propaganda LGBT” dan “demonstrasi” tingkah laku LGBT pada Khamis baru-baru ini.

RUU ini yang masih memerlukan kelulusan dari Dewan Negara Rusia dan Presidennya, Vladimir Putin, menggariskan, sebarang tindakan atau maklumat yang dianggap sebagai percubaan untuk mempromosikan homoseksual – sama ada di khalayak ramai, dalam talian atau dalam filem, buku atau pengiklanan – boleh dikenakan denda yang berat.

Undang-undang menetapkan denda sehingga 400,000 rubel (RM29,537) untuk individu dan sehingga 5 juta rubel (RM369,212.50) untuk entiti undang-undang. Manakala warga asing pula boleh ditahan selama 15 hari sebelum diusir keluar.

“LGBT hari ini adalah elemen peperangan hibrid dan dalam peperangan hibrid ini kita mesti melindungi nilai kita, masyarakat kita dan anak-anak kita,” kata Alexander Khinstein, salah seorang arkitek rang undang-undang itu, bulan lepas.

Terdahulu, samudera.my melaporkan, Pengerusi Seliaan Media Rusia, Roskomnadzor telah menyeru agar diwujudkan undang-undang bagi melarang propaganda LGBT+ terhadap kesemua warga Rusia tanpa mengira umur.

Perkara tersebut telah dicadangkan ketika sesi pendengaran parlimen mengenai inisiatif menghalang promosi “hubungan seksual bukan tradisional” dan pedofilia.

Buat masa ini, propaganda Gay hanya dihalang apabila melibatkan kanak-kanak, namun masih boleh diakses oleh golongan selain kanak-kanak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: