Tempatan

MP Cadang Golongan LGBT Masuk Kumpulan Sakit Mental

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 Mei 2023 –  Seorang Ahli Parlimen parti Perikatan Nasional (PN) mencadangkan supaya golongan LGBT dikategorikan dalam kumpulan pesakit mental.

Jamaludin Yahya [PN-Pasir Salak] mencadangkan sedemikian ketika Dr Halimah Ali [PN-Kapar] membahas Rang Undang-Undang Akta Kesihatan Mental (Pindaan 2023) di Dewan Rakyat semalam.

Soalnya, “Kapar bersetuju tak, Pasir Salak nak mencadangkan bahawa golongan LGBT juga dimasukkan dalam masalah kesihatan mental?”

Halimah kemudiannya menjawab, “Terima kasih Pasir Salak, kira masuklah tu di dalam ucapan saya.”

BACA JUGA: Jemaah Visa Umrah Wajib Keluar Tanah Haram Selewatnya 18 Jun Ini

BACA JUGA: Celup Tuna Dalam Darah Babi, Penduduk Gesa Benarkan Muslim Berniaga Di Pasar Awam

BACA JUGA: Kerajaan Anwar Gagal Pertahan Aspirasi Umat Islam – MP Pokok Sena

Bagaimanapun, Chiew Choon Man [PH-Miri] menolak cadangan tersebut kerana berpendapat tidak sesuai untuk melabelkan sesiapa yang mempunyai masalah mental termasuk golongan LGBT tanpa asas perubatan atau pandangan profesional.

“Isu ini harus ditangani dengan serius. Saya dengan ini menyangkal kenyataan Pasir Salak dan Kapar bahawa LGBT harus dimasukkan dalam masalah kesihatan mental,” ujarnya.

Dalam pada itu, Halimah turut menekankan bahawa isu kesihatan mental adalah isu besar dan perlu ditangani Kerajaan.

“Ini adalah peratusan yang besar dan saya bersetuju supaya bukan sahaja Kementerian Kesihatan tetapi semua kementerian perlu duduk bersama-sama mengatasi secara tuntas untuk mengatasi masalah kepada mereka yang celaru mental ini sehingga sanggup membunuh diri,” jelasnya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: