Antarabangsa

Lagi Agenda LGBT, Velma dari Scooby-Doo Kini Lesbian

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 10 Oktober 2022 -Velma, sebuah watak remaja perempuan di dalam sebuah siri kanak-kanak terkemuka Scooby-Doo kini telah ditonjolkan secara rasmi sebagai seorang yang berorientasikan lesbianisme.

Potongan video daripada filem terbaharu, “Trick or Treat Scooby-Doo!” telah menunjukkan babak di mana watak remaja yang bercermin mata itu terpegun ketika berhadapan dengan watak pereka kostum, Coco Diablo.

Potongan video tersebut telah menjadi tular dalam kalangan peminat siri kartun terbabit.

Dikatakan bahawa orientasi seksual Velma telah diketahui oleh para peminat kartun terbabit, namun sebelum ini tiada petunjuk yang jelas mahupun sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak yang terlibat dalam penghasilan siri kartun tersebut.

James Gunn, salah seorang penulis bagi filem tersebut serta Tony Cervone, yang sebelum ini berkhidmat sebagai penyelia penerbit bagi siri-siri “Mystery Incorporated” sebelum ini telah menyatakan orientasi seksual Velma, namun mereka tidak pernah berpeluang untuk menonjolkan orientasi seksual watak tersebut secara rasmi di skrin.

Gunn pernah memuat naik satu ciapan di Twitter mengatakan bahawa pada 2001 beliau pernah cuba menonjolkan Velma sebagai seorang lesbian pada filem ‘live-action’, namun pada ketika itu pihak studio tidak bersetuju.

Berita tentang orientasi seksual Velma yang telah diputuskan secara rasmi tersebut telah mendapat perhatian ramai. Satu ciapan di Twitter yang tertulis “OMG LESBIAN VELMA FINALLY” telah mendapat lebih 100,000 likes dan perkongsian yang luas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: