Antarabangsa

Perkahwinan Sama Jantina Tidak Diterima Mahkamah Perlembagaan Thailand

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

BANGKOK, 23 November 2021 – Dalam keputusan di Mahkamah Perlembagaan Thailand pada 17 November baru-baru ini, hakim-hakim telah memutuskan bahawa perkahwinan sama jantina tidak diiktiraf oleh undang-undang Thailand.

Hakim-hakim Mahkamah Perlembagaan Thailand telah mengesahkan Seksyen 1448 Undang-undang Sivil dan Komersial Thailand yang mengehadkan perkahwinan sebagai perkahwinan antara lelaki dan perempuan sahaja.

“Perkahwinan hanya boleh berlaku apabila lelaki dan perempuan telah cukup umur 17 tahun…” berikut merupakan petikan daripada peruntukan undang-undang tersebut.

Kes ini tercetus susulan cabaran yang dikemukakan oleh pasangan wanita, Permsub Sae-ung dan Puangphet Henghkham, apabila permohonan pendaftaran perkahwinan mereka ditolak oleh Pejabat Daerah Phasi Charoen di Bangkok.

Dalam sebuah hantaran di laman Facebook, kumpulan aktivis LGBT Free Gender Thailand menyeru rakyat Thailand untuk turun memprotes keputusan tersebut pada 28 November ini.

Protes tersebut dijangkakan akan mengumpulkan lebih dari 18 pertubuhan yang memperjuangkan hak-hak golongan LGBT.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: