Tempatan

Kemurungan Perlu Didiagnosis Oleh Pakar, Bukan Individu Sendiri – Pakar Psikiatri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NILAI, 10 Oktober 2022 – Masalah kemurungan tidak boleh didiagnosis sendiri seperti contohnya menjadikan internet sebagai rujukan dan merasakan tanda-tanda tersebut wujud pada individu terbabit, maka dia mendiagnosis diri sendiri bahawa dia menghidap penyakit-penyakit mental dan menyebarkan kepada orang lain sehingga menimbulkan keraguan orang sekeliling.

Menurut penjelasan oleh pakar psikiatri, Dr Muna Hamiza, masalah kemurungan perlu dirujuk dan mendapatkan pengesahan daripada individu lebih profesional seperti pakar-pakar psikiatri, kaunselor, pakar psikologi atau doktor yang bertauliah dan bukan dengan hanya mengesahkan sendiri daripada kajian yang dibuat.

Diagnosis perlulah daripada pakar kerana penyakit ini juga ada tanda-tanda lain seperti rasa sedih berterusan, hari-hari selama lebih dari dua minggu, hilang minat untuk melakukan apa-apa perkara dan merasakan diri tidak berguna, ada masalah tidur dan kurang selera makan.

Selain itu, pesakit mental juga mengalami penurunan berat badan dan menghadapi tahap kritikal seperti tiada keinginan untuk hidup yang membawa kepada gejala bunuh diri atau mencederakan diri, ujar beliau.

Justeru, perlu dibezakan sama ada seseorang itu mengalami simpton-simpton tersebut atau tidak dan tidak boleh hanya dari kajian bacaan di internet atau mana-mana bacaan lain sendiri, tetapi memerlukan pakar-pakar untuk mendiagnosis apakah individu terbabit benar-benar menghadapi masalah gangguan mental.

Dalam pada itu, Dr Nathratul Ayeshah Zulkifli dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memaklumkan bahawa masalah kemurungan bakal menjadi masalah kesihatan nombor satu, mengatasi masalah penyakit jantung, kanser dan HIV/AIDS pada tahun 2030 nanti.

Penyakit yang tidak kelihatan ini juga sekali gus menjadi penyebab kepada kes bunuh diri, kata beliau yang juga merupakan salah seorang ahli panel di Majlis Pelancaran Bantuan Asas Psikologi Untuk Wanita (HEALHER).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: