NGO

UMMAH BANTAH CADANGAN SUHAKAM MEMBUAT KAJIAN BAGI MENGIKTIRAF ‘THIRD GENDER’

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) meneliti iklan pengambilan Penyelidik di FB SUHAKAM, bagi tujuan membuat kajian untuk mengiktiraf ‘third gender‘ di negara kita.

Persoalannya, apakah tujuan kajian ini bagi mengiktiraf segala aktiviti ‘third gender’ yang meyimpang dan menyalahi normalisasi cara hidup masyarakat di negara ini.

Dibimbangi kajian ini adalah bertujuan untuk mengiktiraf dan memberikan hak kepada golongan LGBTQ, yang sedang berleluasa mempromosikan aktiviti dan kegiatan mereka yang bertentangan dengan agama Islam, moral dan budaya masyarakat Malaysia yang normal.

Mengiktiraf budaya dan cara hidup golongan LGBTQ yang bebas dan melampaui batas merupakan satu bencana kemanusian kepada mesyarakat normal dinegara ini.

UMMAH mendesak kajian ini dibatalkan.

Banyak lagi isu-isu yang sepatutnya diperjuangkan oleh SUHAKAM di negara ini bagi meningkatkan kesedaran rakyat yang berteraskan aspirasi agama, bangsa dan budaya negara dan bukan aspirasi yang berteraskan hak asasi barat.

Isu keadilan dalam perundangan, pendidikan, ekonomi, kesihatan dan kebajikan yang perlu diberi perhatian yang serius oleh SUHAKAM. Bukannya isu-isu yang diperjuangkan oleh barat yang jelas bertentangan dengan agama, budaya, moral, bangsa dan negara.

Banyak isu-isu yang terkait dengan SUHAKAM yang bertentangan dengan sensitiviti aspirasi negara, di antaranya mengiktiraf pelacuran sebagai satu profesion pekerjaan yang menimbulkan kemarahan rakyat yang normal dan rasional.

Sudah sampai masanya kerajaan mengkaji peranan SUHAKAM bagi meningkatkan peranannya sebagai institusi yang memperjuangkan hak asasi dan keadilan yang berteraskan aspirasi negara bagi membangun dan membentuk minda dan kesedaran yang tinggi di kalangan rakyat di negara ini.

Sudah sampai masanya, kerajaan juga digesa untuk melantik pengerusi SUHAKAM yang baru yang lebih memahami agama, budaya dan adat resam masyarakat Malaysia yang lebih progresif, majmuk serta bertamaddun.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi,
Gerakan Pembela Ummah

*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my*

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button