Kumpulan LGBTQ Tuntut Larangan Undang-Undang Terhadap Terapi Pemulihan Switzerland
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
GENEVA, 05 Disember 2022 – Kumpulan LGBTQ di Switzerland menuntut agar undang-undang terapi pemulihan dilarang di negara itu, lapor sebuah berita.
Kata berita itu, penggubal undang-undang akan membahaskan usul tersebut pada Isnin, setahun selepas pihak Kerajaan berjanji untuk memberi perhatian terhadap isu berkenaan.
“Di Jerman dan Perancis, cubaan untuk pemulihan telah pun dilarang dan inisiatif untuk mengharamkannya di seluruh Kesatuan Eropah sedang dijalankan.”
“Kami benar-benar perlu menghalang Switzerland daripada menjadi tempat perlindungan bagi ’penyembuh gay’,” kata Pink Cross dari organisasi payung kebangsaan Switzerland bagi lelaki gay dan biseksual.
Terapi pemulihan atau ‘conversion therapy’ ini juga telah pun diharamkan di seluruh Eropah, Perancis, Jerman, Greece dan Malta manakala Britain, Sepanyol dan Belgium masih mempertimbangkan larangan itu.
Menurut laporan dari samudera.my, terapi pemulihan ini merujuk kepada kumpulan agama yang cuba untuk ‘menyembuhkan’ seksualiti seseorang, ekspresi jantina atau identiti LGBT mereka. Amalan tersebut boleh merangkumi terapi bercakap, hipnosis, kejutan elektrik dan juga berpuasa.