Antarabangsa

Jam Pride LGBTQ Dirampas, Swatch Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SWITZERLAND, 26 Mei 2023 – CEO Kumpulan SWATCH, Nick Hayek telah membuat pengumuman bahawa syarikat tersebut akan mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan kembali jam-jam keluaran mereka yang bertemakan pelangi “Pride Collection” yang telah dirampas.

Jam-jam yang bertemakan “Pride Collection” yang membawa mesej berunsur LGBT itu telah dirampas oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) dalam siri serbuan di 11 buah kedai Swatch baru-baru ini.

BACA JUGA: Pasaraya Target Jual Barangan LGBTQ, Senator AS Tempelak Kerjasama Dengan ‘Syaitan’

BACA JUGA: Kalimah Allah: Aziz Bari Mengaku Sokong Afidavit Penarikan Rayuan Kes Jill Ireland

BACA JUGA: Gesa Ahli UMNO Undi DAP, Ahmad Maslan Kesal Dilabel Kafir

Media Reuters menyatakan bahawa Hayek merasa kecewa di atas serbuan dan rampasan tersebut dan beliau menegaskan bahawa mesej “keamanan dan kasih sayang” yang terdapat pada jam-jam tersebut adalah tidak merbahaya kepada mana-mana pihak.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh The Edge, KDN telah melakukan serbuan di kedai-kedai Swatch di seluruh negara termasuklah di One Utama, Pavilion Kuala Lumpur, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall, Setia City Mall, Mid Valley Southkey, Sogo KL, Sunway Putra Mall, Queensbay Mall, Fahrenheit 88 dan Suria Sabah pada 13 dan 14 Mei baru-baru ini.

Manakala lima lagi kedai Swatch telah mendapat amaran berkenaan dengan penjualan jam tersebut iaitu di Kuala Terengganu City Centre Terengganu, Aeon Kota Bharu Sabah, Aman Central Mall Kedah, City Square Johor dan di Viva City Megamall Sarawak.

Jam-jam pelangi itu adalah sebahagian daripada koleksi “Pride” yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut yang direka khas bagi meraikan gerakan LGBT dan unsur-unsur yang dibawa oleh gerakan tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: