Tempatan

Hak LGBT: Boo Su-Lyn Mahu Malaysia Ikut Jejak Langkah Singapura

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 Ogos 2022 – “Perkahwinan sejenis masih tidak dibenarkan di Singapura, tetapi menyahjenayahkan hubungan seks antara lelaki masih merupakan satu langkah besar ke hadapan untuk hak gay dan #LGBT.”

“Semoga Malaysia juga akan menyusul tidak lama lagi,” kata Boo Su-Lyn dalam laman Twitternya tidak lama selepas Singapura mengumumkan bakal memansuhkan undang-undang yang menjatuhkan hukuman ke atas hubungan seks sesama lelaki.

Dalam Twitternya itu, Boo Su-Lyn turut berkongsikan laporan berita mengenai tindakan Singapura yang akan memansuhkan Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang menjenayahkan hubungan seks antara lelaki.

Tinjauan di bahagian komen mendapati majoriti pengguna sosial membangkang kenyataan Boo Su-Lyn ini.

“Malaysia adalah negara Islam dan Islam tidak mengajar umatnya untuk berperilaku seperti itu,” tegas seorang pengguna media sosial.

Kata seorang lagi pengguna media sosial yang lain, “Maaf, tapi ini bukan tempat di mana kaum Sodom dihukum oleh Allah.”

“Takkan sesekali berlaku di Malaysia,” tegas seorang lagi pengguna Twitter.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: