Antarabangsa

Monkeypox: Laman Dating Gay Beri Amaran Elak Pasangan Berbisul

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CALIFORNIA, 29 Mei 2022 – Sebuah laman dating gay memberi amaran kepada lebih 11 juta penggunanya untuk mengelakkan diri daripada melakukan hubungan seks dengan pasangan sejenis yang mempunyai simptom jangkitan monkeypox, termasuk berbisul.

Kebanyakan kes yang terbaru adalah di kalangan kaum lelaki yang melakukan hubungan seks sejenis dengan lelaki lain, sebagai tanda bahawa virus itu sedang merebak melalui beberapa jaringan seksual, menurut pakar.

BACA: Tahniah David Marshel, Waktu Untuk Tanggalkan Tudung Mereka

BACA: Pelampau Hindu Rogol Muslimah Hamil Ketika Meneran Bersalin

BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak

Oleh itu, aplikasi laman dating gay tersebut kini berikhtiar untuk menyebarkan maklumat tepat mengenai sebaran wabak ini kepada para penggunanya.

Pada hujung minggu yang lepas sahaja, aplikasi ini telah menghantar amaran dalam bentuk pop up mengenai wabak ini dalam 13 bahasa berbeza kepada para penggunanya di sekitar UK dan Eropah, di mana majoriti jangkitan wabak ini ditemui.

Amaran pop up itu juga mengandungi pautan-pautan ke sumber informasi terkini yang sah daripada pihak berwajib kesihatan seperti Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC).

“Kami lihat diri kami sebagai tisu penghubung di antara kumpulan-kumpulan yang terlibat, seperti CDC Eropah dan Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA), dan para pengguna kami,” kata salah seorang pengarah syarikat aplikasi tersebut.

Penyakit cacar monyet ini adalah merupakan jangkitan virus yang jarang sekali berlaku. Kali pertama kes direkodkan adalah di Republik Demokratik Congo pada tahun 1970-an.

Antara gejala monkeypox yang dilaporkan adalah demam, sakit kepala dan ruam kulit yang bermula dari muka dan kemudian merebak ke seluruh badan.

Penyakit monkeypox  ini boleh berjangkit akibat aktiviti seks, dan kebanyakan kes di United Kingdom (UK) kebanyakannya melibatkan lelaki gay atau biseksual.

Kumpulan jaringan seksual gay ini juga adalah yang paling terkesan dengan jangkitan HIV sejak berdekad lalu sehingga ke hari ini.

Leave a Reply

Back to top button