Tempatan

Tanggungjawab SUHAKAM Adalah Hak Asasi Di Bawah Kerangka Malaysia – Haniff Khatri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 Jun 2023 – “Tanggungjawab Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) adalah hak asasi di bawah kerangka Malaysia dan sepatutnya menjadi tempat rujukan utama untuk semua pihak apabila ditindas. Bukan sebaliknya hanya menjadi juara kepada sesetengah pihak sahaja,” ujar Peguam Senior, Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Justeru, perkara itu tak bermaksud pihak yang memilih untuk hidup cara luar tabii ingin hidup dengan cara mereka sendiri seperti golongan LGBTQ berhak menuntut supaya SUHAKAM mengikut kehendak dan memperjuangkan serta mengiktiraf hak mereka. Itu salah!

Sebabnya, Akta SUHAKAM sendiri menurut peruntukan tafsiran di bawah Seksyen 2, menyekat atau menentukan SUHAKAM ini untuk hak asasi manusia seperti yang diperkenankan di bawah Perlembagaan Persekutuan bukan di luar Perlembagaan Persekutuan.

“Ini yang rakyat terutamanya minoriti yang hidup cara luar tabii di negara ini perlu faham,” tegasnya.

Jadi, jika pihak-pihak NGO-NGO yang mengetengahkan hak-hak LGBTQ yang tidak mempunyai pengiktirafan di dalam masyarakat kita ini contohnya, bagi saya adalah satu perkara yang sememangnya di luar daripada kuasa SUHAKAM.

Apatah lagi, kalau SUHAKAM cuba nak mengetengahkan isu itu bagi pihak LGBTQ maka secara jelas SUHAKAM sendiri melanggar Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 4 Akta SUHAKAM sendiri.

Sebaliknya, semua hak-hak yang dipelihara di bawah Perlembagaan Persekutuan itu yang perlu dipelihara dan diperjuangkan oleh SUHAKAM.

Bagaimanapun, pihak lain boleh sahaja mengutarakan kepada pihak SUHAKAM untuk dikaji permasalahan yang timbul, tetapi itu tidak bermakna SUHAKAM boleh menjuarai isu LGBTQ kerana jelas bertentangan dengan Akta SUHAKAM dan Perlembagaan Malaysia.

Jika SUHAKAM hanya memperjuangkan perkara-perkara yang tidak dilindungi di bawah Perlembagaan maka di situ SUHAKAM salah dan perlu diperbetulkan.

SUHAKAM Semakin Di Landasan Yang Betul

Namun, jika kini SUHAKAM mengurangkan melayani NGO-NGO berkaitan isu-isu yang tidak dipelihara oleh Perlembagaan, maka itu bermakna SUHAKAM semakin di landasan yang betul.

Sebelum ini, ada pihak yang menegaskan bahawa jika SUHAKAM mengikut kerangka tempatan maka ia adalah merupakan satu malapetaka.

Haniff berkata, pihak berkenaan perlu membaca semula buku Perlembagaan dan Akta SUHAKAM yang diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1999.

“Jangan salahkan SUHAKAM sebaliknya salahkan Parlimen kerana Parlimen lah yang meluluskan dan mengatakan SUHAKAM cuma boleh memelihara Perkara 5 hingga Perkara 13. Jika nak ubah maka perkara itu kena ubah melalui pindaan di Parlimen.”

Tambah beliau, tidak bolehlah dikatakan hak asasi mengikut acuan antarabangsa, perkara itu adalah salah di bawah Akta SUHAKAM sebaliknya SUHAKAM kena memelihara hak asasi manusia mengikut acuan Perlembagaan Persekutuan.

Akta SUHAKAM Seksyen 4 dengan jelas menyatakan fungsi dan kuasa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia di Malaysia. Di bawah Sub Seksyen 1 (4) mengatakan bagi fungsi suruhanjaya :-

a) Untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubungan dengan hak asasi manusia,

b) Untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam meluluskan perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah perlu yang hendaklah diambil,

c) Untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan ataupun penyertaan dalam triti dan suratcara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia, dan

d) Untuk menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia yang disebut di dalam Seksyen 12 (iaitu seksyen aduan).

Kalau misal kata, Pengerusi SUHAKAM dan SUHAKAM sekarang ingin mematuhi kepada tanggungjawab SUHAKAM dan ingin melibatkan diri dengan fungsi mereka berpandukan kepada hak asasi manusia mengikut acuan Perlembagaan Persekutuan maka mereka betul. Tak boleh pula dikatakan salah.

Tambah beliau lagi, seperti yang saya katakan, orang-orang dalam kategori minoriti ini boleh saja membawa aduan peribadi mereka kepada SUHAKAM untuk mereka kaji dan melihat boleh atau tidak mereka memberi cadangan-cadangan supaya mereka tidak dieksploitasi, tetapi dengan syarat mesti tetap mengikut Perlembagaan Persekutuan.

“Bukan sebaliknya, menuntut untuk diberikan hak kepada mereka sampai ke tahap perkahwinan sejenis. Itu bukan apa yang diamalkan di negara ini,” katanya.

Dana Diterima Hanya Boleh Digunakan Untuk Fungsi Perkara Di Bawah Perlembagaan Persekutuan

Menurutnya, mengenai dana asing di bawah Seksyen 19 kalau dilihat ianya dinyatakan dengan jelas.

Sub Seksyen 1 kepada Seksyen 19 mengatakan, Kerajaan hendaklah menyediakan bagi suruhanjaya dana yang mencukupi secara tahunan bagi membolehkan suruhanjaya menjalankan fungsinya di bawah akta ini. Yakni, segala kos dan segala belanja suruhanjaya dan segala benda yang dilakukan kalau perlu dibayar kepada mana-mana pihak semuanya perlu ditanggung oleh Kerajaan.

Kemudian Sub Seksyen 2 kepada Seksyen 19, mengatakan suruhanjaya tidaklah boleh menerima apa-apa dana asing. Tetapi sub seksyen ini perlu dibaca dengan merujuk kepada Sub Seksyen 3, untuk ianya difahami dengan jelas.

Namun, Sub Seksyen 3 kepada Seksyen 19 pula mengatakan, walau apa pun berkaitan dengan Sub Seksyen 2, suruhanjaya boleh menerima dana tanpa apa-apa syarat daripada mana-mana individu atau pertubuhan hanya bagi maksud memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubungan dengan hak asasi manusia sebagaimana yang diluluskan oleh suruhanjaya.

Bermaksud, suruhanjaya berhak menggunakan dana asing itu menurut tanggungjawab institusi dan jabatan-jabatan mereka berhubung hak asasi manusia mengikut kerangka di bawah Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan sahaja.

Justeru, jika dana itu datang dari pihak LGBTQ antarabangsa maka SUHAKAM tidak boleh menerima dana tersebut tetapi jika ianya diterima, maka bukan untuk tujuan mempromosikan LGBTQ, tetapi untuk kajian bagi tujuan cadangkan bagaimana masyarakat LGBTQ tidak dieksploitasi dan perkara berkaitannya. Itu sahaja.

“Kemudian, adakah dana yang diambil itu perlu disalurkan kepada NGO, semestinya tidak, sebab ianya mesti untuk perbelanjaan suruhanjaya sahaja. NGO kenalah cari duit mereka sendiri,” kata beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: