Fenomena LGBT Bakal Undang Azab Dan Malapetaka Besar Dari Allah SWT Jika Tidak Dibendung Segera – Pengerusi PEMBELA
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 24 Jun 2022 – “Fenomena lesbian, gay, bisesksual dan transgender (LGBT) ini bakal mengundang azab dan malapetaka besar dari Allah S.W.T. jika tidak dibendung segera,” tegas Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Hj Aminuddin Yahaya.
Menurutnya, perkara ini adalah sangat serius dan merupakan malapetaka, kita tidak dapat gambarkan dan mungkin mengundang banyak azab daripada Allah S.W.T.
Beliau berkata, fenomena ini bukan sahaja fenomena di negara kita sahaja bahkan di seluruh dunia, di mana golongan-golongan ini sudah pun diabsahkan di negara-negara barat dan saya yakin dia akan terus menular lebih banyak ke negara-negara Islam terutamanya negara seperti Malaysia.
“Bagi saya ini adalah satu musibah besar yang akan melanda, kita lihat dalam masa yang sama mereka-mereka yang sebegini diangkat sama ada di dalam negara mahupun luar negara sebagai satu orang yang dianggap sebagai mangsa diskriminasi dan sebagainya,” katanya.
Walhal, itu perkara yang sangat mungkar dan harus dibanteras, bukan masalah diskriminasi tetapi sudah terkeluar dari norma kehidupan manusia itu sendiri.
Cuma, apa yang dikesalkan yang pertamanya perundangan kita ini tidak jelas tentang perkara ini dan yang kedua penguatkuasaan pun tidak dilaksanakan dengan sebaiknya,” tegas beliau.
“Saya bimbang perkara ini akan menular bukan sahaja di kalangan rakyat biasa malah pada pihak-pihak yang memegang jawatan-jawatan penting dalam Kerajaan.”
Jelas beliau, perkara ini sudah lama kita bimbangi dan kerap kali kita suarakan kepada pihak berwajib supaya dapat ditangani secepat mungkin dan sebaik mungkin.
Menurut Aminuddin, kita jangan lupa bahawa semasa pemerintahan Pakatan Harapan dahulu, pernah golongan ini beberapa ratus orang telah berarak di Dataran Merdeka dan saya yakin itu hanyalah merupakan satu tip of the iceberg.
Malah, di bawah sana mungkin ramai lagi golongan-golongan LGBT ini yang sedang merancang agenda gerakan yang lebih banyak.
Jadi, kita perlu tangani secepatnya, baik dari segi penguatkuasaan mahupun dari segi perundangan termasuk menggunakan agensi-agensi yang ada hari ini untuk menghalang daripada merebaknya kegiatan LGBT ini.
Sedarlah, ini adalah satu perkara yang sangat mungkar yang harus dibanteras segera selain khuatir ia akan menjadi musibah dan malapetaka besar yang akan melanda kerana ia hanya mengundang lebih banyak azab daripada Allah S.W.T.,” tegas beliau sekali lagi.
Maka sebab itu, kita minta pihak pemerintah dapat lihat perkara ini dan engage dengan NGO-NGO untuk tangani masalah ini secara lebih menyeluruh.
Aminudin berkata, kita tahu Kerajaan juga ada limitasi tertentu dalam memainkan peranan mereka, tetapi apabila peranan NGO ini dikesampingkan dan cuma mengharap Kerajaan dan agensi-agensinya sahaja yang melaksanakan, saya tak rasa hal LGBT ini dapat dibanteras sebagaimana yang sepatutnya.
Menurut beliau lagi, pihaknya turut bimbang perkara itu hanya di luar sahaja nampak bagus namun hakikatnya ia tidak menyelesaikan apa-apa masalah pun dan inilah kebimbangan kita.
Justeru, kita berharap pihak Kerajaan jangan tunggu bila ‘nasi sudah menjadi bubur’ baru nak bersuara dan bertindak.
Seperkara, jangan kita lupa perarakan mereka itu adalah indikator bahawa memang gerakan itu wujud dan bersistem selain mereka mempunyai agenda yang lebih besar menggasakkan rakyat dalam negara ini apabila ada peluang terhidang.
Maka, Kerajaan dan pihak berwajib bertindaklah segera sebelum semuanya sudah terlambat,” ujar beliau mengakhiri kenyataan.