PRU-15

PRU-15: Justice for Sisters Saran Pilih Parti Atau Calon Mesra LGBT

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 November 2022 – Justice for Sisters, sebuah organisasi yang memperjuangkan agenda LGBT di Malaysia menyarankan beberapa perkara bagi golongan itu untuk menilai pendirian calon-calon parti politik yang bertanding pada PRU-15 tentang agenda LGBT yang diketengahkan mereka.

Menerusi infografik yang dimuat naik di laman rasminya, mereka mengajar supaya kumpulan sasaran,

“Lakukan carian Google ringkas mengenai pendirian yang diambil oleh parti politik yang bertanding di kawasan anda mengenai LGBTIQ+ dan hak asasi mereka. Jika ada masa, anda juga boleh membaca manifesto mereka. Selalunya, calon yang baik dalam parti konservatif tidak dapat membuat perubahan positif kerana mereka dijangka untuk sentiasa menurut perintah parti.”

Menurut dakwaan JFS, sentimen anti-LGBT melampau yang dibuat oleh ahli politik telah mengakibatkan mereka tersisih daripada proses demokrasi.

Dakwanya lagi, biarpun mereka turut mengundi sewaktu pilihan raya, namun perubahan positif berhubung kehidupan golongan LGBT tetap mengalami kekurangan.

Malah, JFS turut mendakwa golongan LGBT tersisih daripada sistem demokrasi berikutan ketiadaan pengiktirafan bagi golongan tersebut serta ketidakbolehan mereka untuk menukar nama serta status jantina dalam kad pengenalan (IC) mereka.

Susulan itu, JFS dalam kenyataannya berkata penglibatan golongan ini dalam proses mengundi serta penyertaan mereka dalam proses demokrasi adalah penting bagi menamatkan diskriminasi dan peminggiran.

Dalam perkembangan lain, JFS turut menyenaraikan beberapa parti politik yang ‘paling kuat’ menentang hak golongan LGBT iaitu Barisan Nasional, UMNO, Perikatan Nasional, BERSATU, PAS, Gerakan Tanah Air (GTA), PEJUANG, PUTRA dan BERJASA.

Manakala parti politik yang menyokong hak golongan LGBT pula ialah Parti Sosialis Malaysia (PSM).

JFS bahkan turut menyenaraikan beberapa mekanisme aduan sekiranya golongan LGBT ini menghadapi diskriminasi sewaktu di pusat mengundi antaranya menerusi PEMANTAU, SUHAKAM, Suruhanjaya Pilihan Raya serta JFS sendiri.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: