Gejala LGBT Melangkau Manusiawi, Lebih Teruk Daripada Dunia Haiwan
PETALING JAYA, 15 Mac 2023 – Ahmad Marzuk Shaary (Perikatan Nasional – Pengkalan Chepa) menggemparkan Dewan Rakyat dengan analisisnya terhadap komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), semalam.
“Bila sebut tentang isu LGBT, saya yakin manusia yang normal, yang akal pemikirannya betul dia akan tidak menyokong LGBT ini.”
“Kalau ada yang bercakap soal ini merupakan soal human right, hak asasi manusia, ini bukan manusia. Perbuatan songsang seperti ini melepasi batasan kehaiwanan.”
“Lembu jantan sama jantan takkan kahwin, lembu betina dengan betina takkan kahwin.”
“Itu haiwan, inikan pula manusia,” lantangnya.
BACA JUGA: Dituduh Fitnah Guru KAFA, MP Hulu Langat Dituntut Mohon Maaf
BACA JUGA: KKM Ambil Maklum Aduan Isu Tuntutan Bayaran Kerja
BACA JUGA: Murid ‘Buta’ Agama Dikhuatiri Murtad Tanpa Sedar
Lantaran itu, beliau menyeru pihak Kerajaan serta kementerian yang berkenaan untuk menitikberatkan isu tersebut dengan membawa satu naratif yang lebih holistik dalam menyelesaikan isu berbangkit berkaitan dengan LGBT.
Dalam kenyataannya, selain daripada memetik kisah kaum Nabi Luth yang menerima akibat daripada kemungkaran yang dilakukan, beliau turut memetik sejarah Pompeii dengan mencadangkan agar kisah tersebut difilemkan supaya ia tidak lagi berulang serta mengelakkan dari mengundang kemurkaan Allah S.W.T.
“Saya agak terkilan kerana selama tiga penggal kita bercakap tentang memerangi LGBT. Kita tidak pernah ada rakan DAP yang mahu memerangi LGBT, tidak kira apa pun,” ujarnya.
Justeru, Ahmad Marzuk dalam kenyataannya menzahirkan keyakinannya bahawa Ahli-Ahli Parlimen yang hadir sewaktu sidang tersebut tidak bersetuju dengan LGBT ini.
Terdahulu, Wan Razali Wan Nor (Perikatan Nasional – Kuantan) menarik semula dakwaannya yang mengaitkan perhimpunan perarakan wanita dengan gerakan LGBT selepas disoal beberapa kali oleh Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul berhubung keabsahan perkara tersebut.