Antarabangsa

Hina Sistem Beraja, Transgender Dipenjarakan Dua Tahun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

THAILAND, 13 September 2022 – Jatuporn “New” Saeoureng, seorang transgender, telah dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun di penjara wanita oleh Mahkamah Thailand atas pertuduhan menghina monarki dua tahun lalu.

Menurut sebuah laporan tempatan, Jatuporn dikatakan telah tampil dalam sebuah protes jalanan dan berjalan melalui sebuah ‘karpet merah’ dengan mengenakan busana tradisional Thailand sambil memegang sekaki payung.

Bukan itu sahaja, para pengunjung protes yang lain pula dikatakan telah duduk di atas tanah mengelilingi Jatuporn, di mana ia disifatkan sebagai sebuah gambaran budaya adat istiadat diraja Thailand.

Ramai yang menganggap tindakan ini sebagai sebuah gambaran kepada permaisuri Thailand, Suthida Bajrasudhabimalalakshana, yang juga merupakan isteri ke-4 Maha Vajiralongkorn.

Menurut peguam Jatuporn, Krisadang Nutcharat, Jatuporn telah menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa dia hanya mengenakan busana tersebut secara normal.

“Namun mahkamah melihatnya sebagai sebuah penghinaan dan fitnah kepada monarki,” tambahnya lagi.

Krisadang menyatakan bahawa anak guamnya itu akan membuat rayuan atas hukuman tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: