Antarabangsa

Arkansas Cadang RUU Haramkan Prosedur Transgender Untuk Golongan Bawah Umur

Jangan lupa sertai Telegram, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

LITTLE ROCK, ARKANSAS, 31 Mac 2021 – Badan perundangan Arkansas telah mengutarakan rang undang-undang (RUU) mengharamkan prosedur penukaran jantina kepada golongan bawah umur.

RUU tersebut menyatakan bahawa mereka akan mendakwa mana-mana profesional penjagaan kesihatan yang menyediakan penyekat/perencat akil baligh, hormon-silang-seks atau pembedahan menukar jantina kepada golongan bawah umur.

Doktor yang terlibat dengan prosedur tersebut juga akan berhadapan dengan tuntutan mahkamah dan penggantungan lesen perubatan.

Penyokong rang undang-undang ini berkata, mereka mahu melindungi kanak-kanak (golongan bawah umur) daripada melakukan prosedur yang tidak boleh menukar mereka kembali kepada jantina asal apabila mereka menyesal kelak.

“Mereka masih belum cukup matang untuk membuat keputusan dalam perkara ini,” kata Jon Ragan, Wakil Negeri Tennessee yang mengetuai RUU pengharaman prosedur ini kecuali jika mendapat kelulusan dari tiga orang pakar perubatan.

Gabenor Arkansas dari pihak Republikan, Asa Hutchinson setakat ini tidak memberi sebarang kenyataan sama ada akan menandatangani RUU tersebut ataupun tidak.

16 buah negeri juga sedang mempertimbangkan RUU yang sama.

Jumaat lalu, Hutchinson telah menandatangani RUU mengharamkan transgender daripada menyertai sebarang acara sukan wanita.

Seperti Arkansas, Mississippi juga telah menggubal undang-undang mengharamkan penyertaan transgender daripada acara sukan wanita di peringkat sekolah dan universiti.

Idaho juga menggubal undang-undang yang sama namun telah disekat oleh Mahkamah Persekutuan negara itu tahun lepas.

Penyokong kumpulan transgender mendakwa RUU ini sebagai tidak berperlembagaan, bergantung kepada stereotaip yang ketinggalan zaman selain mendakwa ia merupakan muslihat politik oleh pihak Republikan untuk membangkitkan kemarahan Demokrat.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button