Antarabangsa

Kabinet Scotland Mahu Bentang RUU Bebas Tukar Jantina

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SCOTLAND, 09 Mac 2022 – Kabinet Scotland bakal membahaskan Rang Undang-Undang Pembaharuan Pengiktirafan Jantina (Gender Recognition Reform Bill), sebuah RUU yang mencadangkan pembaharuan untuk memudahkan proses bagi lelaki dan wanita trans mendapatkan Sijil Pengiktirafan Jantina.

Shona Robison, Setiausaha Kabinet untuk Keadilan Sosial, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merupakan individu yang bertanggungjawab mencadangkan RUU ini di Parlimen Scotland.

Menurutnya, golongan trans di Scotland menghadapi risiko ketidaksamaan, gangguan dan penderaan demi untuk menjalani kehidupan mereka.

“Mereka adalah antara yang paling terpinggir dalam masyarakat kita. Statistik Polis Scotland terkini menunjukkan peningkatan dalam jenayah kebencian terhadap golongan transgender,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, antara tujuannya mencadangkan RUU tersebut adalah kerana Scotland patut mempunyai mempunyai sistem pengiktirafan jantina untuk mematuhi undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.

“Di bawah Akta Kesaksamaan, kita mempunyai kewajipan undang-undang untuk menangani diskriminasi terhadap mereka yang mempunyai ciri-ciri yang dilindungi iaitu penukaran jantina. Dan Scotland mesti mempunyai sistem pengiktirafan jantina untuk mematuhi undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.”

Justeru, “Sebagai sebuah masyarakat dan Parlimen, kita mempunyai tanggungjawab untuk melindungi dan menyokong kumpulan minoriti yang berisiko dicederakan,” kata Ahli Parlimen Scotland untuk Dundee City East itu.

Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar dalam hantaran Facebooknya mengulas RUU ini dengan menegaskan bahawa “Ideologi transgenderism ini membawa kepada banyak eksploitasi apabila ruang kepada lelaki yang “impostor” atau menyamar mengambil kesempatan daripada “inclusivity” ini.”

Kata Pensyarah Perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu, RUU “Gender Recognition Reform Bill” akan membenarkan seorang lelaki mengubah jantina mereka hanya berdasarkan pengakuan (simply by affirmation).

“Perkara ini dibantah oleh wanita lain termasuk JK Rowling kerana sudah ada kes eksploitasi ke atas undang-undang sebegini oleh “sexual predator“.”

“Lelaki yang mengaku sebagai wanita hanya berdasarkan pengakuan mendaftar dalam perkhidmatan yang dikhususkan kepada pemulihan wanita. Mereka kemudiannya akan berada bersama-sama dengan wanita yang vulnerable ini. Wanita- wanita ini tidak lagi berasa selamat,” tegas beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: