Tempatan

SIS Yang Cuba Cabul Perlembagaan Persekutuan – Mufti Pulau Pinang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PULAU PINANG, 05 Oktober 2021 – “Pihak Sisters in Islam (SIS) yang sebenarnya cuba mencabul Perlembagaan Persekutuan dengan seruan mereka yang tidak selaras dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan,” tegas Mufti Pulau Pinang, Dato’ Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Beliau berkata demikian bagi menyangkal dakwaan pihak SIS yang kononnya para mufti dan badan berkuasa agama tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan selain cuba mendiskriminasi golongan transgender kerana dikatakan cuba menyekat golongan LGBT untuk masuk ke dalam masjid.

Tambah Dato’ Seri Dr Wan Salim, para mufti bertindak sesuai dengan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam adalah agama Persekutuan manakala penganut agama-agama lain bebas mengamalkan agama masing-masing dengan aman.

“Para mufti tidak mendiskriminasi mana-mana pihak, cuma meminta semua pihak menghormati tempat ibadat dengan penampilan diri yang sesuai ketika berada di sana.”

Sesuatu hak yang dituntut oleh mana-mana pihak atau individu perlulah diimbangi dengan tanggungjawab. Ini termasuk hak kebebasan. Tanpa imbangan ini maka kebebasan akan merosakkan kehidupan sosial dan meruntuhkan nilai-nilai kemanusiaan yang lain, tegasnya.

Dan institusi-institusi agama tidak pernah dan tidak berhasrat untuk mengetepikan Perlembagaan Persekutuan dalam apa jua keputusan yang dibuat dan dalam apa jua tindakannya dalam melaksanakan tanggungjawab untuk menegakkan syiar dan hukum Islam di negara ini.

“Pihak pengurusan masjid tidak menghalang golongan transgender daripada memasuki masjid, tetapi golongan ini hendaklah menghormati kesucian masjid dengan penampilan diri mereka yang sesuai dengan budaya tempatan di samping menghormati hukum agama.”

Menurut Dato’ Seri Dr Wan Salim, tiada kebebasan mutlak di dalam kehidupan di dunia ini hatta dalam aspek biologi sekalipun.

“Anda bebas memandu di jalan raya, tetapi jika anda melanggar peraturan lalu lintas dan dapat ditangkap maka, pasti anda didakwa dan dihukum. Maksudnya kebebasan mesti diimbangi dengan tanggungjawab dan kebebasan manusia mesti terikat dengan undang-undang, hukum agama dan nilai-nilai moral.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: