Antarabangsa

Banduan Maknyah Dalam Sel Wanita, JK Rowling & Rakyat Amerika Suarakan Bantahan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW JERSEY, 01 Jun 2022 – “Wanita di sini trauma berulang kali dan seolah-olah tiada siapa yang mengambil berat tentang keperluan kami. Kami berasa seperti rakyat kelas kedua tanpa hak.”

Itulah luahan rasa hati seorang banduan mengenai penempatan banduan lelaki transgender ke dalam Pusat Koreksional Edna Mahan Untuk Wanita (EMCFW) di New Jersey.

Seorang banduan wanita EMCFW, Miseka Diggs, berkata semua banduan wanita di situ dalam keadaan ketakutan apabila banduan lelaki transgender ditempatkan bersama mereka.

Menurutnya, di bawah polisi semasa lelaki tidak perlu menjalani sebarang pembedahan dan terapi penggantian hormon.

“Majoriti banduan wanita di sini mengalami masalah trauma kerana keganasan lelaki, dengan kehadiran lelaki di pusat ini menyebabkan mereka lebih tertekan,” katanya kepada media berita Reduxx.

Tambahnya lagi, dia telah mendapatkan perkhidmatan kesihatan mental untuk menangani masalah kehadiran lelaki ganas di pusat itu.

Katanya, pusat perlindungan itu tidak lagi selamat untuk wanita.

“Kami tidak boleh menyuarakan perasaan kami kerana takut ditukarkan ke pusat tahanan perlindungan seperti lokap. Jika kami menggunakan perkataan yang salah kami akan dikeluarkan dari sini.”

Dia turut bercerita bahawa dia pernah dipaksa berkongsi mandi dengan salah seorang banduan lelaki yang baru pindah di situ.

Jabatan Koreksional New Jersey telah merekodkan banduan lelaki itu sebagai ‘perempuan’.

“Saya tidak percaya bahawa saya mandi dengan seseorang yang mempunyai bahagian genetik lelaki. Dia juga melihat wanita semasa mereka mandi, dengan senyuman seolah-olah dia menyukai apa yang berlaku.”

Pejuang hak wanita turut menggambarkan situasi ini sebagai ‘jalan penderaan seksual ke penjara’.

Perkara ini turut mendapat perhatian dan sokongan oleh penulis terkenal siri Harry Potter, JK Rowling.

Tegasnya, wanita terdedah kepada keganasan fizikal dan trauma akibat daripada pengiktirafan transgender.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: